Wednesday, June 1, 2016

5 faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran oleh LIM KAH YEN dan GOH YEN CHEE

5 faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran 
oleh LIM KAH YEN dan GOH YEN CHEE


Kadar pertukaran asing dimaksudkan sebagai mata wang sesebuah negara yang disebut dalam mata wang negara lain. Pertukaran asing diperlukan apabila sesebuah negara menjalankan aktiviti antarabangsa dengan negara lain. Permintaan mata wang Ringgit Malaysia sebagai pertukaran asing bergantung kepada permintaan rakyat negara asing terhadap barang atau perkhidmatan negara Malaysia atau keinginan rakyat negara asing menyimpan mata wang Ringgit Malaysia sebagai tunai atau deposit. Manakala penawaran mata wang Ringgit Malaysia bergantung kepada pengguna, firma atau kerajaan menukar Ringgit Malaysia kepada mata wang asing dan permintaan rakyat kepada barang import.
Faktor pertama yang mempengaruhi kadar pertukaran asing adalah pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi dalam negara akan meningkatkan pendapatan dan kemampuan rakyat untuk membeli barang import. Keadaan ini akan menyebabkan permintaan terhadap mata wang asing meningkat dan kesannya adalah kadar pertukaran asing negara tersebut bertambah buruk. Bermaksud rakyat memerlukan lebih banyak Ringgit Malaysia untuk menukar sejumlah mata wang asing tertentu. Manakala pertumbuhan ekonomi negara asing akan meningkatkan pendapatan dan kemampuan rakyat untuk membeli barang eksport. Keadaan ini akan menyebabkan penawaran mata wang Ringgit Malaysia meningkat dan kesannya adalah kadar pertukaran negara tersebut bertambah baik. Bermaksud rakyat negara asing memerlukan sedikit mata wang untuk menukar sejumlah Ringgit Malaysia.
Faktor kedua yang mempengaruhi kadar pertukaran adalah kadar inflasi yang berbeza antara negara. Bagi negara yang mempunyai kadar inflasi yang lebih rendah dan konsisten, maka ia akan mempamerkan nilai mata wang yang lebih tinggi berbanding dengan negara yang mempunyai kadar inflasi yang lebih tinggi. Ini bermaksud kuasa membeli pengguna mata wang meningkat berbanding negara lain yang mempunyai kadar inflasi yang lebih tinggi. Sebagai contoh, Amerika Syarikat mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi berbanding Malaysia, 1USD = RM 4.027. Ia bermaksud Amerika Syarikat mempunyai kadar pertukaran asing yang lebih baik.
Faktor ketiga yang mempengaruhi kadar pertukaran asing adalah permintaan negara asing terhadap eksport Malaysia. Sekiranya pengimport dari Amerika Syarikat meningkatkan import barang elektronik dari Malaysia tanpa mengurangkan permintaan terhadap barang lain di Malaysia, ini akan meningkatkan permintaan Amerika Syarikat terhadap Ringgit Malaysia. Keadaan ini akan menyebabkan keluk permintaan Ringgit Malaysia beralih ke kanan. Ia akan membawa kepada peningkatan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika Syarikat. Peningkatan eksport Malaysia boleh dijelaskan dengan kenaikan pendapatan negara pengimport.  Ini akan menyebabkan permintaan import Amerika Syarikat bertambah. Jika permintaan import negara tersebut bertambah berterusan, maka akan membawa kepada negara pengimport mengalami kejatuhan ekonomi. Ia akan menyebabkan permintaan import negara-negara tersebut akan berkurangan.
Faktor keempat yang mempengaruhi kadar pertukaran adalah permintaan Malaysia terhadap import. Apabila berlaku peningkatan permintaan barangan import dari negara asing, maka penawaran mata wang Ringgit Malaysia akan meningkat. Sebagai contohnya, permintaan Malaysia terhadap perisian komputer yang diimport dari Amerika Syarikat bertambah, keadaan ini akan menyebabkan pertambahan penawaran Ringgit Malaysia di pasaran pertukaran asing. Ini akan membawa kepada penurunan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Dollar Amerika Syarikat. Andaikan pada permulaannya, kadar pertukaran Dollar Amerika Syarikat dengan Ringgit Malaysia ialah US$1 sama dengan RM3.50. Apabila penawaran Ringgit Malaysia bertambah kerana peningkatan import oleh pengilang di Malaysia, kadar bertukaran menjadi US$1 sama dengan RM4. Keadaan ini menjelaskan rakyat Malaysia perlu menggunakan lebih banyak Ringgit Malaysia untuk mandapat barang terrsebut jika berlaku penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia atau penurunan kadar pertukaran. Apabila permintaan terhadap barangan import berkurang, ini akan menyebabkan kejatuhan penawaran Ringgit Malaysia dan seterusnya nilai Ringgit Malaysia akan meningkat semula.

Faktor kelima yang mempengaruhi kadar pertukaran asing adalah ramalan nilai mata wang Ringgit Malaysia dalam sebutan mata wang asing. Jika nilai mata wang Ringgit Malaysia diramalkan akan meningkat pada masa hadapan, permintaan mata wang Ringgit Malaysia akan meningkat pada masa sekarang. Ini akan menyebabkan nilai mata wang Ringgit Malaysia tertekan untuk meningkat nilainya dalam sebutan mata wang asing. Sebaliknya, jika nilai mata wang Ringgit Malaysia dalam sebutan mata wang asing diramalkan akan merosot pada masa hadapan, permintaan mata wang Ringgit Malaysia akan merosot pada masa sekarang. Apabila nilai mata wang Ringgit Malaysia dijangka akan meningkat, penawaran mata wang Ringgit Malaysia akan jatuh. Pengimport-pengimport Malaysia akan menangguhkan pembelian barangan dari negara luar  sehingga kadar pertukaran nilai mata wang Ringgit Malaysia meningkat. Ini adalah kerana peningkatan dalam nilai Ringgit Malaysia dalam sebutan mata wang asing akan menyebabkan nilai mata wang asing lebih murah dalam sebutan Ringgit Malaysia. Keadaan ini akan menyebabkan barangan dari negara asing menjadi lebih murah dalam sebutan Ringgit Malaysia.

100 comments:

  1. Well done..Thanks for the info..

    ReplyDelete
  2. Awesome. Thanks for your information.

    ReplyDelete
  3. Thanks for this post. It's good information.

    ReplyDelete
  4. penjelasan yang baik kepada semua faktor yang telah diterangkan.

    ReplyDelete
  5. penjelasan yang baik kepada semua faktor yang telah diterangkan.

    ReplyDelete
  6. thank you for the information.

    ReplyDelete
  7. its such a good explanation...i like it😏

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Good article with good explanation

    ReplyDelete
  10. Additional information for me..good job gurls

    ReplyDelete
  11. Well elaboration!! As a Malaysian we really have the responsibility to increase the exchange rate of RM in order to build up our country's economy .. N your info can be one of the guidance to let us move towards it!

    ReplyDelete
  12. I learned something from this. Thank you.

    ReplyDelete
  13. Yourgood explanation is useful to me. Now i understood what are the factors may influence the currency exchange rate😃

    Yt 2016

    ReplyDelete
  14. a very detail explaination inside of the article along with visual presentation. Recommended!!

    ReplyDelete
  15. Good article to read :) Well Done

    ReplyDelete
  16. Marvelous explaination and gives an articulate description of the factors that affect the currency

    ReplyDelete
  17. Great article! Appreciate your efforts.

    ReplyDelete
  18. Bravo ... thx for the information s

    ReplyDelete
  19. Nice article because the explanation is useful to me...

    ReplyDelete
  20. superior information!thanks for sharing

    ReplyDelete
  21. good information ������

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F