Sunday, May 14, 2017

> KADAR PERTUKARAN ASING

OLEH SITI ROHANA, NURUL NAZIRA DAN RIDATUL AFIDA 


Kadar pertukaran asing adalah harga per unit mata wang asing yang dinayatakan dalam mata wang tempatan dalam sebutan nilai mata wang asing. Manakala pasaran pertukaran asing pula merujuk kepada interaksi yang antara permintaan dengan penawaran untuk menukarkan daripada satu mata wang kepada mata wang lain. Kadar pertukaran mempunyai dua sistem iaitu sistem kadar pertukaran boleh ubah dan sistem kadar pertukaran tetap. Sistem boleh ubah adalah kadar pertukaran asing yang ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran. Manakala sistem kadar pertukaran tetap adalah kadar pertukaran asing ditetapkan oleh kerajaan dengan tujuan memperbaiki imbangan pembayaran dan memajukan ekonomi.
KADAR PERTUKARAN BOLEH UBAH
Kadar pertukaran mata wang asing dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah ditentukan melalui interaksi antara permintaan dengan penawaran mata wang asing di pasaran.

Rajah di atas menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika Syarikat. Keseimbangan dicapai pada titik E apabila keluk permintaan Dolar US (DD) bersilang dengan keluk penawaran Dolar US (SS) pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.
Andaikan kadar pertukaran meningkat menjadi US$1.00 = RM3.80. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami susut nilai. Ini menyebabkan wujud lebihan penawaran Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan penawaran Dolar US menyebabkan kadar pertukaran turun sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.
Andaikan kadar pertukaran turun menjadi US$1.00=RM3.40. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami naik nilai. Ini menyebabkan wujud lebihan permintaan Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan permintaan Dolar US menyebabkan kadar pertukaran naik sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.
KELEBIHAN SISTEM PERTUKARAN BOLEH UBAH
1. Penyerap kejutan
Sistem kadar pertukaran turun naik melindungi ekonomi domestik daripada kejutan yang dihasilkan oleh gangguan yang dijana di negara-negara lain.
2. Dasar kewangan bebas
Di bawah sistem kadar pertukaran fleksibel, sesebuah negara bebas untuk mengamalkan dasar bagi mengurus hal ehwal ekonomi dalam negeri dengan baik.
3. Penyelesaian kepada masalah imbangan pembayaran
Sistem kadar pertukaran fleksibel secara automatik menghapuskan ketidakseimbangan dalam imbangan pembayaran.
KELEMAHAN SISTEM PERTUKARAN BOLEH UBAH
1. Ketidakstabilan keadaan
Kadar pertukaran fleksibel mewujudkan ketidakstabilan keadaan dan ketidaktentuan, di mana ia cenderung untuk mengurangkan jumlah perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing.
2. Kesan inflasi
Sistem kadar pertukaran fleksibel kemungkinan besar melibatkan inflasi kesan daripada susut nilai pertukaran pada tahap harga domestik sesebuah negara.
3. Kurang anjal
Keanjalan dalam pasaran antarabangsa adalah terlalu rendah untuk kadar pertukaran. Apabila keanjalan import dan eksport adalah sangat rendah, pasaran pertukaran menjadi tidak stabil.

KADAR PERTUKARAN TETAP
KELUK A                                                                 
          

KELUK A
Titik E adalah keseimbangan kadar pertukaran asing. Apabila kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada USD1=RM4.00. Maka berlaku lebihan penawaran Dolar Amerika sebanyak Q1Q2. Untuk mempertahanan kadar pertukaran yang kerajaan tetapkan maka kerajaan harus membeli lebihan penawaran. Jika tidak mekanisme pasar akan memaksa kadar pertukaran yang lebih tinggi itu turun kepada kadar pertukaran pasaran.
KELUK B
Titik E adalah keseimbangan kadar pertukaran asing. Apabila kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada USD1=RM3.80. Maka berlaku lebihan permintaan Dolar Amerika sebanyak Q1Q2. Untuk mempertahankan kadar pertukran yang kerajaan tetapkan, maka kerajaan mesti mempunyai rizab dollar Amerika. Jika tidak mekanisme pasar akan memaksa kadar pertukaran yang lebih tinggi itu naik kepada kadar pertukaran pasaran.
KELEBIHAN SISTEM PERTUKARAN TETAP
1. Mengelakkan turun naik nilai mata wang
Jika nilai mata wang turun naik dengan ketara, ini boleh menyebabkan masalah bagi firma yang terlibat dalam perdagangan. Sebagai contoh, jika firma bergantung kepada bahan mentah yang diimport, penurunan nilai akan menyebabkan kos import meningkat dan keuntungan berkurang.

2. Mengekalkan inflasi rendah
Kerajaan yang membenarkan penurunan nilai bagi kadar pertukaran mereka boleh menyebabkan tekanan inflasi berlaku. Ini kerana apabila permintaan agregat meningkat, harga import meningkat, syarikat akan kurang insentif untuk mengurangkan kos.
3. Kestabilan menggalakkan pelaburan
Sistem kadar pertukaran turun naik/fleksibal boleh mengurangkan insentif syarikat untuk melabur dalam kapasiti eksport.
KELEMAHAN SISTEM PERTUKARAN TETAP
1. Konflik dengan objektif lain
Untuk kekal pada satu tahap kadar pertukaran tetap, ia mungkin bercanggah dengan objektif makroekonomi lain. Jika nilai matawang jatuh di bawah tahap yang telah ditetapkan, kerajaan perlu campur tangan. Cara yang paling berkesan untuk meningkatkan nilai mata wang adalah dengan menaikkan kadar faedah.
2. Kurang fleksibal
Adalah sukar untuk bertindak balas kepada kejutan sementara. Sebagai contoh pengimport minyak akan mengalami defisit imbangan pembayaran jika berlaku kenaikan harga minyak
3. Ketidakeimbangan akaun semasa
Kadar pertukaran tetap boleh membawa kepada ketidakseimbangan akaun semasa.











41 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing, good information

    ReplyDelete
  3. Bagus, ilmu yang bermanfaat! Boleh dijadikan rujukan

    ReplyDelete
  4. Thanks you. Very useful and good sharing.

    ReplyDelete
  5. Interesting!

    Help me too~
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949

    ReplyDelete
  6. wow..good information girls...congrate to all of u..

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing this useful information. Well done.

    ReplyDelete
  8. interesting and useful information..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Thank you for the information

    ReplyDelete
  11. Info yg sangat berguna dan sangat membantu

    ReplyDelete
  12. Kena timing...aku tengah ambik subjek ekonomi..boleh guna untuk jawapan..

    ReplyDelete
  13. aq xpaham pun tapi good information

    ReplyDelete
  14. aq xpaham pun tapi good information

    ReplyDelete
  15. Informasi yang padat dan berguna untuk pembaca, usaha yang bagus..

    ReplyDelete
  16. Terima kasih untuk perkongsian. Informasi yang sangat berguna untuk orang ramai.

    ReplyDelete
  17. absolutely amazing . thank you for the sharing. well done. please comment to my video also.

    ReplyDelete
  18. informasi yang sangat berguna.. terima kasih di atas perkongsian

    ReplyDelete
  19. Nice.. Very interesting.. Tq for great info

    ReplyDelete
  20. Nice.. Very interesting.. Tq for great info

    ReplyDelete
  21. Terima kasih. Info yang sangat berguan

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F