OLEH SITI ROHANA, NURUL NAZIRA DAN RIDATUL AFIDA
Kadar pertukaran asing adalah harga per
unit mata wang asing yang dinayatakan dalam mata wang tempatan dalam sebutan
nilai mata wang asing. Manakala pasaran pertukaran asing pula merujuk
kepada interaksi yang antara permintaan dengan penawaran untuk menukarkan
daripada satu mata wang kepada mata wang lain. Kadar pertukaran mempunyai dua
sistem iaitu sistem kadar pertukaran boleh ubah dan sistem kadar pertukaran
tetap. Sistem boleh ubah adalah kadar pertukaran asing yang ditentukan oleh
kuasa permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran. Manakala sistem
kadar pertukaran tetap adalah kadar pertukaran asing ditetapkan oleh kerajaan
dengan tujuan memperbaiki imbangan pembayaran dan memajukan ekonomi.
KADAR
PERTUKARAN BOLEH UBAH
Kadar pertukaran mata wang asing dalam
sistem kadar pertukaran boleh ubah ditentukan melalui interaksi antara
permintaan dengan penawaran mata wang asing di pasaran.
Rajah di atas menunjukkan kadar
pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika Syarikat. Keseimbangan
dicapai pada titik E apabila keluk permintaan Dolar US (DD) bersilang dengan
keluk penawaran Dolar US (SS) pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.
Andaikan kadar pertukaran meningkat
menjadi US$1.00 = RM3.80. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami susut nilai.
Ini menyebabkan wujud lebihan penawaran Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran.
Lebihan penawaran Dolar US menyebabkan kadar pertukaran turun sehingga mencapai
keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00
= RM3.60.
Andaikan kadar pertukaran turun menjadi
US$1.00=RM3.40. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami naik nilai. Ini
menyebabkan wujud lebihan permintaan Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan
permintaan Dolar US menyebabkan kadar pertukaran naik sehingga mencapai
keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00
= RM3.60.
KELEBIHAN SISTEM PERTUKARAN BOLEH UBAH
1. Penyerap kejutan
Sistem kadar pertukaran turun naik
melindungi ekonomi domestik daripada kejutan yang dihasilkan oleh gangguan yang
dijana di negara-negara lain.
2. Dasar kewangan bebas
Di bawah sistem kadar pertukaran fleksibel, sesebuah negara bebas untuk mengamalkan dasar bagi mengurus hal ehwal ekonomi
dalam negeri dengan baik.
3. Penyelesaian kepada masalah imbangan
pembayaran
Sistem
kadar pertukaran fleksibel secara automatik menghapuskan ketidakseimbangan
dalam imbangan pembayaran.
KELEMAHAN
SISTEM PERTUKARAN BOLEH UBAH
1. Ketidakstabilan keadaan
Kadar
pertukaran fleksibel mewujudkan ketidakstabilan keadaan dan ketidaktentuan, di mana ia cenderung untuk mengurangkan jumlah perdagangan
antarabangsa dan pelaburan asing.
2. Kesan inflasi
Sistem
kadar pertukaran fleksibel kemungkinan besar melibatkan inflasi kesan daripada susut nilai pertukaran
pada tahap harga domestik sesebuah negara.
3. Kurang anjal
Keanjalan
dalam pasaran antarabangsa adalah terlalu rendah untuk kadar pertukaran. Apabila keanjalan import dan eksport adalah sangat rendah, pasaran pertukaran
menjadi tidak stabil.
KADAR
PERTUKARAN TETAP
KELUK
A
KELUK
A
Titik E adalah keseimbangan kadar
pertukaran asing. Apabila kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada
USD1=RM4.00. Maka berlaku lebihan penawaran Dolar Amerika sebanyak Q1Q2. Untuk
mempertahanan kadar pertukaran yang kerajaan tetapkan maka kerajaan harus
membeli lebihan penawaran. Jika tidak mekanisme pasar akan memaksa kadar
pertukaran yang lebih tinggi itu turun kepada kadar pertukaran pasaran.
KELUK
B
Titik E adalah keseimbangan kadar
pertukaran asing. Apabila kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada
USD1=RM3.80. Maka berlaku lebihan permintaan Dolar Amerika sebanyak Q1Q2. Untuk
mempertahankan kadar pertukran yang kerajaan tetapkan, maka kerajaan mesti
mempunyai rizab dollar Amerika. Jika tidak mekanisme pasar akan memaksa kadar
pertukaran yang lebih tinggi itu naik kepada kadar pertukaran pasaran.
KELEBIHAN SISTEM PERTUKARAN TETAP
1. Mengelakkan turun naik nilai mata
wang
Jika nilai mata wang turun naik dengan ketara, ini boleh menyebabkan masalah bagi firma yang
terlibat dalam perdagangan. Sebagai contoh, jika firma bergantung kepada
bahan mentah yang diimport, penurunan
nilai akan menyebabkan kos import meningkat dan keuntungan berkurang.
2. Mengekalkan inflasi rendah
Kerajaan yang membenarkan penurunan nilai bagi kadar pertukaran mereka boleh
menyebabkan tekanan inflasi berlaku. Ini kerana apabila permintaan agregat meningkat, harga import meningkat, syarikat akan
kurang insentif untuk mengurangkan kos.
3. Kestabilan menggalakkan pelaburan
Sistem
kadar pertukaran turun naik/fleksibal boleh mengurangkan
insentif syarikat untuk melabur
dalam kapasiti eksport.
KELEMAHAN SISTEM PERTUKARAN TETAP
1. Konflik dengan objektif lain
Untuk kekal pada satu tahap kadar pertukaran tetap, ia mungkin bercanggah
dengan objektif makroekonomi lain. Jika
nilai matawang jatuh di bawah tahap yang telah ditetapkan, kerajaan perlu
campur tangan. Cara yang paling
berkesan untuk meningkatkan nilai mata wang adalah dengan menaikkan kadar
faedah.
2. Kurang fleksibal
Adalah sukar untuk bertindak balas kepada kejutan sementara. Sebagai
contoh pengimport minyak akan mengalami
defisit imbangan pembayaran jika berlaku kenaikan harga minyak
3. Ketidakeimbangan akaun semasa
Kadar
pertukaran tetap boleh membawa kepada ketidakseimbangan akaun semasa.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePenerangan yang jelas
ReplyDeleteTq for sharing, good information
ReplyDeleteBagus, ilmu yang bermanfaat! Boleh dijadikan rujukan
ReplyDeleteThanks you. Very useful and good sharing.
ReplyDeleteInteresting!
ReplyDeleteHelp me too~
https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949
Such a good n brilliant info
ReplyDeletewow..good information girls...congrate to all of u..
ReplyDeleteThanks for sharing this useful information. Well done.
ReplyDeletenice one
ReplyDeleteA very nice sharing!
ReplyDeleteinteresting and useful information..
ReplyDeletegood
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood👍,keep it up
ReplyDeleteThank you for the information
ReplyDeleteThanks for the guides.
ReplyDeletegood job
ReplyDeletenais... very good info
ReplyDeleteInfo yg sangat berguna dan sangat membantu
ReplyDeleteKena timing...aku tengah ambik subjek ekonomi..boleh guna untuk jawapan..
ReplyDeleteInfo yg berguna
ReplyDeleteaq xpaham pun tapi good information
ReplyDeleteaq xpaham pun tapi good information
ReplyDeleteNice la sis
ReplyDeletegood information
ReplyDeleteTerbaik! Nice info ��
ReplyDeleteSyabas.
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteInformasi yang padat dan berguna untuk pembaca, usaha yang bagus..
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian. Informasi yang sangat berguna untuk orang ramai.
ReplyDeleteWahhh. Info yang bagus 👍
ReplyDeletetq for the information
ReplyDeleteabsolutely amazing . thank you for the sharing. well done. please comment to my video also.
ReplyDeleteinformasi yang sangat berguna.. terima kasih di atas perkongsian
ReplyDeletenais info
ReplyDeleteGood info
ReplyDeleteNice.. Very interesting.. Tq for great info
ReplyDeleteNice.. Very interesting.. Tq for great info
ReplyDeleteTerima kasih. Info yang sangat berguan
ReplyDeleteGood info!!
ReplyDelete