Akaun Semasa Malaysia dari tahun 1960 hingga 2000
by Chua Zheng Leng and Ang Swee Keong
Imbangan Akaun Semasa
merupakan akaun yang merekodkan semua urus niaga yang melibatkan akauan
dagangan, akaun perkhidmatan, akaun pendapatan dan pindahan bersih. (Laporan Ekonomi 2006/2007).
Memandang kepada sejarah Malaysia, perangkaan yang disusun hanya merujuk kepada Persekutuan
Tanah Melayu (tidak termasuk Singapura) bermula pada tahun 1955-1960, sumbernya
dapat dicari dalam “National Accounts of the Federation of Malaya 1955-1960
Reports.” Seterusnya, Jabatan Perangkaan Malaysia mula menyusun perangkaan
Imbangan Pembayaran mulai tahun 1961.
Bermula pada tahun 1963, perangkaan disusun barulah hanya merujuk kepada
Malaysia sahaja.
Imbangan
akaun semasa terus mengalami kemerosotan pada awal tahun 1960-an dan mula menjadi positif pada akhir
tahun 1960-an. Walaupun begitu,jumlah terkumpul imbangan semasa pada tempoh
1961-1970 mencatatkan lebihan sebanyak RM464 juta. Pada tahun 1970, keadaan
imbangan akaun semasa menunjukkan permulaan yang baik, iaitu bernilai postif
RM25 juta sebelum mengalami kurangan yang bermula pada tahun 1971 yang bernilai
negatif RM329 juta sehingga tahun 1975. Imbangan semasa terkumpul untuk tempoh
untuk tahun 1971-1980 adalah positif, iaitu RM1,794 juta.
Mulai tahun 1980, arah aliran akaun semasa menunjukkan
situasi yang tidak berstabil dengan menghadapi peningkatan dan penurunan yang
mendadak. Dalam tahun 1980-an dimulai dengan
imbangan yang negatif secara berturut-turut selama 7 tahun, imbangan akaun
semasa telah mencapai kurangan tertinggi pada defisit RM8,409 juta pada tahun
1982. Keadaan telah menjadi positif pada akhir tahun 1980-an. Imbangan akaun
semasa terkumpul menjadi negatif RM18,318 juta bagi tempoh tahun 1981-1990.
Bagi
tahun 1990-an, umumnya imbangan semasa mengalami kurangan kecuali pada tahun
1998 dan tahun 1999. Keadaan ini mungkin membawa kesan imbangan akaun semasa
terkumpul yang bernilai negatif yang lebih besar. Misalnya, anggaran akaun semasa telah menurun dan mencapai defisit RM
21,647 juta pada tahun 1995. Walau bagaimanapun, anggaran ini telah meningkat
dengan mendadak dan mencapai RM 47,895 juta pada tahun 1999. Tetapi,
lebihan pada tahun 1998-2000 menjadikan imbangan akaun semasa terkumpul pada
tahun 1990-an telah lebihan sebanyak RM28,016 juta. Perbezaan yang besar ini menunjukkan dengan jelas ekonomi Malaysia telah
mengembang dengan maju mungkin disebabkan oleh keterbukaan pasaran yang wujud.