Ramalan Tukaran Asing
oleh Mardhiah dan Farah Dhiba
Pasaran mata wang Forex boleh dianalisis menggunakan dua kaedah utama iaitu analisis fundamental dan analisis teknikal. Kedua-dua kaedah ini sangat berbeza, tetapi ia adalah alat ramalan yang sangat berguna untuk pelabur Forex, kerana mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk meramalkan pergerakan harga. Para penganalisis fundamental melihat sebab untuk pergerakan pasaran manakala yang menggunakan analisis teknikal melihat kepada kesan tingkah laku pasaran. Ramai pedagang Forex yang berjaya menggunakan campuran kedua-dua untuk mempunyai keputusan yang lebih baik.
Analisis Fundamental atau Fundamental Analysis adalah teknik analisis yang mengambil kira beberapa faktor, seperti prestasi perusahaan, analisis persaingan, analisis industri, analisis ekonomi dan pasaran makro dan mikro. Dari sini dapat diketahui bahawa adakah firma tersebut masih beroperasi atau tidak. Oleh itu, pelabur dapat mengetahui sama ada firma dalam keadaan yang baik dan boleh dipilih untuk tujuan pelaburan. Secara umumnya pengguna Analisis Fundamental ialah pelabur, terutama pelabur saham jangka panjang.
Penggunaan Analisis Fundamental tidak terbatas untuk saham sahaja ia juga boleh digunakan untuk menganalisis forex dan emas, tetapi cara menganalisis saham adalah sedikit berlainan. Pelabur yang menggunakan aspek fundamental di dalam menentukan keputusan pelaburannya disebut Fundamentalist. Analisis Fundamenal memerlukan data untuk dianalisis. Data boleh didapatkan daripada berita, data ekonomi, dan laporan kewangan yang boleh didapati di Bursa Malaysia. Berita tentang firma boleh didapati di surat khabar dan juga media elektronik. Manakala data-data ekonomi pula boleh didapati daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan juga Bank Negara Malaysia.
Cara melakukan Analisis Fundamental adalah melalui analisis top-down mulai dari keadaan ekonomi negara secara makro dan juga mikro. Analisis Makro adalah untuk mengetahui keadaan ekonomi negara secara keseluruhan iaitu sama ada ekonomi masih berkembang, inflasi yang tidak mengancam perkembangan ekonomi, dan sebagainya. Ekonomi negara yang berkembang akan mendorong kepada pertumbuhan firma-firma. Analisis kedua yang digunakan ialah Analisis Sektor iaitu untuk mengetahui keadaan industri. Ini kerana pelabur dapat mengetahui keadaan industri yang memiliki peluang untuk berkembang. Analisis Mikro adalah untuk mengetahui keadaan perusahaan. Contohnya, mengukur keadaan kewangan firma daripada Laporan Kewangan yang dikeluarkannya.
Analisis teknikal berbeza dengan analisis fundamental kerana analisis teknikal lebih kepada meramalkan pergerakan harga dan trend pasaran pada masa hadapan dengan mengkaji carta pergerakan pasaran pada masa lalu. Analisis teknikal ialah satu cara menganalisis data-data pada masa lalu yang diperolehi daripada pasaran. seperti data harga mata wang dan jumlah dagangan untuk digunakan sebagai alat utama analisis pada masa akan datang. Data-data tersebut selalunya ditayangkan dalam bentuk grafik.
Analisis teknikal terbahagi kepada tiga iaitu gelombang Elliott (Elliot Wave Trading), turutan nombor Fibonacci (Fibonacci sequence), dan indikator. Tiga aspek penting pergerakan harga dalam gelombang Elliott ialah pola, rasio dan waktu. Pola merujuk kepada pola atau formasi gelombang, manakala rasio ialah hubungan antara angka, khususnya deret Fibonacci yang digunakan untuk mengukur gelombang. Pedagang menentukan gelombang utama, atau (supercycle), sama ada berada dalam posisi beli (long) dan kemudian dalam posisi jual (short).
Turutan nombor Fibonacci menyediakan landasan matematik untuk Teori Gelombang Elliott. Nisbah Fibonacci akan disesuaikan dengan pelbagai indikator teknikal, nisbah ini paling banyak digunakan dalam analisis teknikal untuk mengukur gelombang pembetulan. Indikator dalam analisis teknikal adalah formula matematik yang berfungsi untuk mengetahui bagaimana keadaan pasaran dan dapat membantu memberikan signal beli atau jual. Terdapat banyak indikator yang telah dibuat. Tiap indikator memiliki karakter dan cara penggunaannya.
Antara 3 buah indikator analisis teknikal yang paling terkenal ialah Trend Following Indicator, Price Momentum Indicator dan Volatility Indicator. Trend Following Indicator ini digunakan untuk mengidentifikasi awal dan akhir suatu trend atau pada bila masa suatu trend akan berubah sehingga dapat diketahui waktu terbaik untuk membuka dan menutup posisi. Contoh Trend Indicator ialah Moving Average, Moving Average Convergence Divergence (MACD), Directional Movements Index (DMI) dan Parabolic SAR.
Jenis yang kedua ialah Price Momentum Indicator atau dipanggil sebagai Oscillator. Jenis indikator ini digunakan untuk mengidentifikasi situasi terlebih jual (oversold) atau terlebih beli (overbought). Momentum indicator juga digunakan untuk melihat apakah suatu trend masih berlanjut atau semakin melemah. Contoh indicator ini ialah Stochastic Oscillator, Relative Strength Index (RSI), dan Commodity Channel Index (CCI).
Indikator yang terakhir digunakan ialah Volatility Indicator. Indikator ini digunakan untuk melihat kekuatan pasaran yang dilihat dari segi turun naik harga dalam satu tempoh tertentu. Pasaran dikatakan memiliki volatility yang tinggi jika pergerakan harga naik turun secara tajam atau sangat cepat berubah-ubah di mana berlaku perbezaan harga yang besar antara harga tertinggi dan terendah. Contoh Volatility indicator ialah Bollinger Bands.