KAEDAH MERAMAL TUKARAN ASING
oleh Tuan Aiman dan Che Mohd
Terdapat beberapa kaedah untuk meramal tukaran asing namun untuk meramal tukaran yang tepat merupakan sesuatu yang sukar. Walau bagaimanapun, kami akan memperkenalkan 4 kaedah yang sering digunakan untuk meramal kadar pertukaran.
Keseimbangan Kemampuan Berbelanja (PPP)
Keseimbangan kemampuan berbelanja merupakan kaedah yang paling popular kerana sering digunakan dalam kebanyakan buku teks ekonomi. PPP merupakan kaedah ramalan berdasarkan teori Satu Harga (One Price) yang menyatakan bahawa barang yang sama di negara-negara yang berbeza harus mempunyai harga yang sama.
Sebagai contoh, teori ini menyatakan bahawa pensel di Kanada perlu dikenakan harga yang sama seperti pensel di Amerika Syarikat selepas mengambil kira kadar pertukaran dan tidak termasuk kos urus niaga dan penghantaran. Dalam erti kata lain, tidak ada peluang arbitraj bagi seseorang untuk membeli pensel dalam satu negara dan menjualnya di negara lain bagi memperoleh keuntungan.
Berdasarkan prinsip asas ini, pendekatan PPP meramalkan bahawa tukaran asing akan berubah untuk mengimbangi perubahan harga akibat inflasi. Sebagai contoh, katakan bahawa harga di Amerika Syarikat dijangka meningkat sebanyak 4% berbanding tahun akan datang manakala harga di Kanada dijangka meningkat hanya 2%. Pengkamiran inflasi antara kedua-dua negara ialah:
4% - 2% = 2%
|
Ini bermaksud bahawa harga di Amerika Syarikat dijangka meningkat lebih cepat berbanding dengan harga di Kanada. Situasi ini menunjukkan pendekatan keseimbangan kemampuan berbelanja (PPP) akan meramalkan bahawa dolar Amerika Syarikat itu perlu susut sebanyak kira-kira 2% untuk mengekalkan harga antara kedua-dua negara yang agak sama. Jadi, jika kadar pertukaran semasa adalah 90 sen AS bagi setiap satu dolar Kanada, maka PPP akan meramal kadar tukaran seperti berikut:
(1 + 0.02) x (US$0.90 per CA$1) = US$0.918 per CA$1
|
Bermakna tukaran yang baru menunjukkan 91.8 sen AS untuk membeli satu dolar Kanada.
Salah satu aplikasi pendekatan PPP yang paling terkenal digambarkan oleh Big Macs, disusun dan diterbitkan oleh The Economist. Ia cuba untuk mengukur sama ada mata wang terkurang nilai atau terlebih nilai berdasarkan harga Big Macs di pelbagai negara. Sejak Big Macs terjual di semua negara-negara, perbandingan harga mereka berfungsi sebagai asas bagi indeks.
Pendekatan Relatif Kekuatan Ekonomi
Pendekatan relatif kekuatan ekonomi melihat kepada kekuatan pertumbuhan ekonomi di negara-negara yang berbeza untuk meramal arah kadar pertukaran. Rasional di sebalik pendekatan ini adalah berdasarkan idea bahawa persekitaran ekonomi yang kukuh dan pertumbuhan berpotensi tinggi adalah lebih cenderung untuk menarik pelabur asing untuk membuat pelaburan. Sebelum melabur di negara yang dikehendaki, pelabur akan membeli mata wang negara tersebut maka wujud peningkatan permintaan mata wang negara tersebut menyebabkan kadar tukaran mata wang tersebut meningkat.
Pendekatan ini tidak hanya tertumpu pada relatif kekuatan ekonomi antara negara malah, ia menyeluruh dan lebih umum termasuk semua aliran pelaburan. Sebagai contoh, faktor lain yang boleh menarik pelabur ke negara tertentu adalah kadar faedah. Kadar faedah yang tinggi akan menarik pelabur untuk mendapatkan hasil yang tinggi daripada pelaburan mereka, menyebabkan permintaan bagi mata wang meningkat dan seterusnya meningkatkan kadar tukaran mata wang tersebut.
Sebaliknya, kadar faedah yang rendah mendorong pelabur untuk mengelak daripada melabur di negara tersebut atau meminjam mata wang negara tersebut pada kadar faedah yang rendah untuk membiayai pelaburan lain. Ramai pelabur melakukannya terhadap yen Jepun apabila kadar faedah di Jepun berada pada paras terendah. Strategi ini dikenali sebagai carry-trade.
Tidak seperti pendekatan PPP, pendekatan relatif kekuatan ekonomi tidak meramalkan di mana kadar tukaran itu akan berada. Sebaliknya, pendekatan ini memberikan pengertian umum kepada pelabur sama ada mata wang akan meningkat atau susut nilai. Pendekatan ini biasanya digunakan dalam kombinasi dengan kaedah peramalan yang lain untuk mendapatkan ramalan yang lebih tepat.
Model Ekonometrik
Satu lagi kaedah yang biasa digunakan untuk meramal kadar pertukaran termasuklah mengumpulkan faktor yang menjejaskan pergerakan mata wang dan mewujudkan model yang berkait dengan faktor ini terhadap kadar tukaran. Faktor-faktor yang digunakan dalam model ekonometrik biasanya berdasarkan teori ekonomi, namun apa jua pemboleh ubah boleh ditambah ke dalam model tersebut sekiranya pemboleh ubah tersebut mempengaruhi kadar pertukaran dengan ketara.
Sebagai contoh, katakan bahawa seseorang peramal untuk sebuah syarikat dari Kanada telah ditugaskan untuk meramal kadar pertukaran bagi USD/CAD pada tahun hadapan. Beliau percaya menggunakan model ekonometrik akan menjadi satu kaedah yang baik untuk digunakan dan telah meneliti faktor-faktor yang difikirkan mempengaruhi kadar pertukaran. Dari penyelidikan dan analisis, beliau menyimpulkan faktor yang paling mempengaruhi kadar tukaran adalah perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Kanada (INT), perbezaan dalam kadar pertumbuhan KDNK (GDP), dan kadar pertumbuhan KDNK (GDP), dan kadar pertumbuhan pendapatan (IGR) perbezaan bagi kedua-dua buah negara. Kemudian membentuk satu model ekonometrik iaitu:
USD / CAD (1 tahun) = z + a (INT) + b (KDNK) + c (IGR)
|
Selepas membentuk model ekonometrik tersebut, pemboleh ubah iaitu INT, KDNK dan IGR boleh dimasukkan ke dalam model untuk membentuk satu ramalan. Pekali a,b dan c akan menentukan berapa banyak faktor tertentu memberi kesan kepada kadar pertukaran dan arah kesan tersebut sama ada ia positif atau pun negatif. Kaedah ini mungkin pendekatan yang paling kompleks dan memakan masa yang lama berbanding pendekatan yang lain. Walau bagaimanapun, apabila model itu dibentuk, data yang baru dijana dengan mudah dan dimasukkan ke dalam model untuk membuat ramalan yang lebih cepat.
Model Siri Masa
Pendekatan yang terakhir yang akan diperkenalkan adalah model siri masa. Kaedah ini menggunakan kaedah secara teknikal semata-mata dan tidak berlandaskan kepada mana-mana teori ekonomi. Salah satu pendekatan siri masa yang popular dipanggil proses purata pergerakan autoregresif (ARMA). Rasional menggunakan kaedah ini adalah berdasarkan kepada idea bahawa tingkah laku yang lepas dan corak harga boleh digunakan untuk meramalkan tingkah laku harga masa hadapan dan coraknya. Data yang perlu digunakan untuk menggunakan pendekatan ini ialah satu siri masa yang boleh dimasukkan ke dalam program komputer untuk menganggarkan parameter dan mewujudkan satu model.
Kesimpulan
Ramalan kadar pertukaran adalah tugas yang sangat sukar, disebabkan faktor tersebut menyebabkan banyak syarikat dan pelabur melindungi nilai risiko mata wang mereka. Walau bagaimanapun, terdapat mereka yang melihat nilai dalam kadar pertukaran ramalan dan mahu memahami faktor-faktor yang memberi kesan kepada pergerakan nilai tersebut. Bagi individu yang ingin untuk belajar cara untuk meramal kadar pertukaran, empat pendekatan tersebut adalah sesuai untuk digunakan.
Good info..
ReplyDeletegood
ReplyDeletenice work and good job
ReplyDeletegood info
ReplyDeleteGood
ReplyDelete