Spekulasi matawang (CURRENCY SPECULATION)
by Nurain Syafiqah dan Nur Aliah
Spekulasi matawang wujud apabila apabila seseorang membeli mata wang asing, bukan dengan keperluan untuk mengimport sesuatu atau melaburnya dalam dalam perniagaan luar negara tetapi dengan sebab untuk mejualnya semula di masa hadapan dengan harga yang lebih tinggi (di dalam terma teknikal, ianya dipanggil pengukuhan matawang atau 'currency appreciates'). Ianya tak lebih dari sekadar petua lama: Beli Murah, Jual Mahal dan ianya melibatkan mata wang asing.
Walaupun sesetengah spekulasi diperlukan untuk ‘meningkatkan kecairan’, yang bermaksud akses yang lebih mudah ke matawang asing kerana terdapat pasaran yang besar untuk matawang itu, spekulasi matawang yang berlebihan akan menganggu perdagangan antarabangsa dan pertumbuhan ekonomi. Spekulator matawang akan menjangka bilakah nilai matawang akan mengukuh dan menguncup.
Spekulator akan menggunakan pelbagai strategi bagi menjadikan ramalan mereka lebih tepat dan untuk mengurangkan risiko yang bakal mereka hadapi. Ini termasuklah mengumpul maklumat seperti apa yang akan menjadikan sesebuah ekonomi itu sihat (selalunya dari sumber yang bias), mengikut tindakan spekulator lain, terutamanya spekulator utama, dan menggunakan pasaran tukaran hadapan matawang. Kesemua strategi ini boleh melibatkan ramalan untuk keuntungan sendiri yang akhirnya akan mengakibatkan krisis kewangan dan akan menghalang kerajaan dari melaksanakan polisi ekonomi yang bersifat kemanusiaan. Memandangkan spekulasi matawang merupakan suatu usaha yang berisiko tinggi, apa sahaja maklumat yang mungkin penting akan dikumpul, walaupun maklumat itu tidak sahih dan bias.
Walaupun memproses dan mentafsir maklumat merupakan antara bahagian-bahagian penting di dalam pasaran matawang, tindakan secara kolektif (berkumpulan) pedagang matawang juga sangat penting kerana ia akan membuatkan tafsiran-tafsiran itu semua memuaskan hati mereka. Jika sebahagian besar trader berkelakuan dengan cara yang sama, secara automatik sesuatu nilai matawang akan naik atau turun - seperti mana yang telah diramal mereka pada awalnya.
Kebanyakkan tindakan yang diambil oleh spekulator matawang adalah tindakan subjektif (kebanyakkannya dibuat setelah melihat tindakan spekulator lain), berbanding dengan standard objektif yang digunakan untuk menilai prestasi sesebuah ekonomi. Jadi, melalui tindakan kolektif dan ramalan yang memuaskan hati sendiri, spekulasi matawang akan mencipta suasana ekonomi yang sangat cenderung kepada krisis. Ia juga akan menyebabkan kapitalis antarabangsa hilang sabar dengan perubahan yang memberi manfaat kepada ramai berbanding manfaat kepada segelintir.
Risiko dan halangan ini adalah masalah untuk ramai pihak, bukan setakat untuk ekonomi-ekonomi yang sedang membangun di Asia Tenggara dan tempat lain. Kini, tiada negara yang cukup besar untuk menstabilkan matawang mereka sendiri jika spekulator, yang mempunyai berbilion dollar, mengambil keputusan untuk membuat spekulasi atas mata wang negara itu. Kita semua nampaknya perlu teguh dan melawan risiko dan akibat spekulasi matawang.
CURRENCY SPECULATION
Currency speculators exist when someone buys foreign currency, not by the need to import anything or invest it in a business abroad but with a reason to sell again in the future with higher prices (in technical terms, it's called strengthening of the currency or ' currency appreciates'). It is nothing more than the old tips: Buy Lower, Sell Higher and it involves foreign currency.
While some speculation is necessary to 'improve liquidity, which means easier access to foreign currency because there is a huge market for the currency, excessive currency speculation would disrupt international trade and economic growth. Currency speculators would anticipate when the value of the currency will strengthen and contracted.
Speculators will use various strategies to make them more accurate forecasts and to reduce the risks they face. This includes gathering information as to what would make it a healthy economy (often from sources of bias), by the action of speculators, in particular the major speculators, and using forward exchange to exchange. All of these strategies can involve predictions for our own benefit that will eventually lead to the financial crisis and would prevent the government from implementing economic policies that are humanitarian. Given the currency speculation is a high-risk business, whatever that may be important information to be collected, even if the information is not authentic and bias.
Although the process and interpret information is one of important parts in the currency market, the collective (group) currency traders also very important because it will make those interpretations satisfy them all. If most of the traders behave in the same way, a utomatically a currency will rise or fall - as had been predicted them at first.
Most of the actions taken by currency speculators are subjective measures (mostly made after seeing the action other speculators), compared with an objective standard by which to judge the performance of an economy. So, through collective action and the satisfaction of its own forecast, currency speculation would create an economic environment that is very prone to crisis. It would also cause international capitalist lose patience with the changes that benefit many benefits compared to a handful.
Good info.
ReplyDeleteGood info.
ReplyDeleteGood info.
ReplyDeletegood idea
ReplyDeletegood info
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNice info
ReplyDeleteinfo yang menarik..
ReplyDeletegood info for us
ReplyDeletewell done
ReplyDeletegood info!
ReplyDeletenice work and good job
ReplyDelete