Saturday, June 4, 2016

POLISI GALAKAN EKSPORT MALAYSIA oleh NorShahirah dan Nur Fadhilah

POLISI GALAKAN EKSPORT MALAYSIA

oleh NorShahirah dan Nur Fadhilah



Pergerakan barangan dan perkhidmatan domestik melepasi sempadan negara diklasifikasikan sebagai aktiviti eksport. Di Malaysia, kerajaan sangat menitikberatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui aktiviti eksport dan import yang agresif. Aktiviti eksport memainkan peranan penting dalam memastikan imbangan pembayaran negara sentiasa positif dimana nilai eksport melebihi import dalam satu-satu tahun.
Cukai eksport
Dalam memastikan bahawa eksport Malaysia mencatatkan nilai yang semakin meningkat, kerajaan Malaysia mempunyai inisiatifnya sendiri. Antara inisiatif tersebut ialah dengan menurunkan cukai eksport dan meningkatkan subsidi eksport. Menurut Bernama 9 April 2015, “kerajaan yakin langkah mengenakan cukai berkadar sifar ke atas barangan dan perkhidmatan antarabangsa yang dieksport keluar Malaysia mengikut pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), mampu meningkatkan daya saing negara dalam pasaran eksport”.
Subsidi eksport
Subsidi eksport ditakrifkan sebagai wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada pengeksport supaya dapat mengurangkan kos pengeluaran mereka dan bertujuan untuk menstabilkan harga atau menurunkan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan berbanding harga pasaran. Dengan itu, ianya dapat meningkatkan daya saing pengeluar tempatan dan pada masa yang sama imbangan pembayaran negara meningkat apabila harga barang tempatan lebih murah daripada harga barangan import. Oleh itu, penduduk tempatan mahupun penduduk di negara luar lebih tertarik untuk membeli produk di Malaysia.

Dasar dalam Malaysia
Bagi memastikan negara Malaysia mencapai objektif untuk mendapatkan nilai positif dalam imbangan pembayarannya, Malaysia telah merangka dan melaksanakan beberapa dasar yang berfokus kepada aktiviti eksport. Sebagai contoh, Dasar Perindustrian Berat Malaysia berfokus untuk mengelakkan pergantungan berterusan kepada barangan dan teknologi asing. Selain itu, dasar ini juga mempelbagai dan memperkukuhkan eksport barangan Malaysia untuk mengatasi dasar perlindungan yang ada di negara-negara maju terhadap barangan daripada negara membangun. Di samping itu, Dasar Sogoshosha, menggalakkan eksport tradisional ke pasaran bukan tradisional dan sebaliknya. Dasar ini juga menggalakkan eksport tak ketara (invisible) Malaysia di luar negeri dengan memberikan galakan kredit kepada syarikat tempatan dan galakan cukai seperti elaun galakan ekport dan lain-lain pengecualian cukai. Selain itu, Dasar Daya Pengeluaran Negara juga telah menyusun beberapa objektif iaitu untuk memperkukuhkan asas perindustrian supaya ianya dapat bersaing di pasaran antarabangsa dengan berkesan. Antara strategi pelaksanaan yang digariskan ialah dengan penggunaan teknologi yang sesuai, penekanan dibuat kepada pemindahan teknologi dengan berkesan supaya negara kurang bergantung kepada sumber teknologi dari luar negeri.
Dasar luar Malaysia
Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia merupakan satu daripada ahli World Trade Organisation (WTO) menurut keahliannya dalam GATT pada 1957. Sebagai ahli WTO, pengurangan halangan perdagangan dalam pasaran luar dan peningkatan peluang pasaran membolehkan perdagangan Malaysia berkembang. Di samping itu, Malaysia juga dapat manfaat daripada keahliannya dalam ASEAN melalui perjanjian ASEAN Free Trade Area (AFTA). Ahli-ahli negara ASEAN telah mencapai kemajuan yang ketara dalam penurunan tarif serantau (intra-regional tariffs) melalui Common Effective Preferential Tariff (CEPT) Scheme. Dasar perdagangan Malaysia adalah untuk meneruskan usaha kearah mewujudkan persekitaran perdagangan global yang lebih meliberalisasikan dan adil. Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) secara amnya adalah bertujuan untuk menyediakan satu cara untk mencapai tahap yang lebih cepat dan lebih tinggi daripada liberalisasi yang akan mewujudkan akses pasaran yang berkesan. Antara objektif utama Malaysia dalam FTA ialah untuk meningkatkan daya saing pengeksport Malaysia di samping mendapatkan akses pasaran yang lebih baik dengan menangani tarif dan bukan tarif.

85 comments:

  1. Thank you for the info . Nice sharing.

    ReplyDelete
  2. Thank you for the info . Nice sharing

    ReplyDelete
  3. Thanks for the clear explanation

    ReplyDelete
  4. Good job yaya & fela. Nice information 👍

    ReplyDelete
  5. Good job yaya & fela. Nice information 👍

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Artikel yang ringkas dan mudah difahami. Good job!

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing such a good info

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing such a good info

    ReplyDelete
  10. Good info..tq for the sharing ;)

    ReplyDelete
  11. Very good information. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  12. A lot of information, thanks for sharing. Thumbs up!

    ReplyDelete
  13. lots of information! nice sharing 👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  14. new knowledge. thanks for the info

    ReplyDelete
  15. good info.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  16. good info.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas perkongsian maklumat seperti ini.

    ReplyDelete
  18. Setuju, once harga barangan tempatan murah, import items pun berkurang. Contoh, automobil. If let say in another 10 years, perodua proton can conquer economy malaysia, takdelah kereta jepun, korea, german and so on jek yg dominate economy negara kita. Sorry if I'm wrong. Peace

    ReplyDelete
  19. Setuju, once harga barangan tempatan murah, import items pun berkurang. Contoh, automobil. If let say in another 10 years, perodua proton can conquer economy malaysia, takdelah kereta jepun, korea, german and so on jek yg dominate economy negara kita. Sorry if I'm wrong. Peace

    ReplyDelete
  20. OH MY GOD. THANK YOU VERY MUCH. THIS REALLY HELP ME TO FINISH MY COURSE WORK RN. HIKS. I CANT BELIEVE I FOUND THIS GEM SO LATE. ONCE AGAIN. THANK YOU VERY MUCH.

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F