Monday, June 6, 2016

Impak TPPA ke atas Malaysia oleh Kang and Yong

Impak TPPA ke atas Malaysia
oleh Kang and Yong


Latar Belakang TPPA:
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) atau dalam bahasa Inggeris, Trans-Pacific Partnership Agreement adalah perjanjian merentas benua yang melibatkan 12 buah negara iaitu United States, Mexico, Brunei, Canada, Australia, Chile, Japan, New Zealand, Peru, Singapore, Vietnam dan juga Malaysia. Pasukan Perundingan Malaysia diketuai oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dianggotai oleh wakil-wakil Kementerian dan Agensi berkaitan. TPPA telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27 Januari 2016 dengan keputusan undian 127-84 dan dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2018. Majlis menandatangani Perjanjian TPPA melibatkan 12 negara termasuk Malaysia telah diadakan pada 4 Februari 2016 di Aukland, New Zealand.
Tahun
Negara
2005
Brunei, Chile, Singapore dan New Zealand menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik (TPSEP atau P4)
2006
TPSEP berkuatkuasa
2008
United States, Australia, Peru, Vietnam menyertai perundingan TPPA
2010
Malaysia menyertai perundingan TPPA
2012
Mexico dan Canada menyertai perundingan TPPA
2013
Japan menyertai perundingan TPPA
2015
Persetujuan dicapai

Jadual 1: Sejarah TPPA

Negara-negara lain yang berminat menganggotai TPPA termasuk South Korea, Taiwan, Philippines, Colombia, Thailand, Laos, Cambodia, Bangladesh, India dan juga China.
TPPA ialah satu bentuk perjanjian perdagangan bebas yang mempunyai 40% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang bernilai US$ 107.5 trilion (RM470 trilion) dan merangkumi 793 juta penduduk. Kawasan bagi Negara yang terlibat dalam perjanjian TPPA ini merupakan yang terbesar di dunia, lebih besar daripada kawasan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara atau North American Free Trade Agreement (NAFTA).
Matlamat TPPA:
TPPA bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi; menyokong penjanaan dan pengekalan pekerjaan; meningkatkan inovasi, produktiviti dan daya saing; meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan ketelusan, serta mempertingkatkan perlindungan buruh dan alam sekitar.
TPPA bukan sekadar akses dari segi pasaran tetapi juga melibatkan piawaian yang tinggi seperti memastikan suasana pelaburan yang kondusif, persaingan sihat dan kesejahteraan penduduk serta alam sekitar terpelihara. Piawaian yang dipersetujukan antaranya bukanlah sesuatu yang baharu tetapi melibatkan komitmen dari sudut penguatkuasaan.
Impak Positif TPPA terhadap:
  1. Penduduk
Pasaran terbuka secara asasnya akan memberi kebaikan kepada pengguna dengan menggalakkan persaingan yang sihat antara pengeluar. Pasaran bebas akan menyingkirkan syarikat yang tidak mampu bersaing melalui proses “creative destruction” dan akhirnya produk yang terbaik akan kekal dalam pasaran. Hasil daripada persaingan ini akan memberikan keuntungan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan yang lebih berkualiti dan murah. Secara teorinya, pasaran yang terbuka akan memberi keuntungan kepada rakyat.


  1. Pelabur
TPPA telah memberi jaminan bahawa pelaburan Malaysia di luar negara adalah terlindung di bawah mekanisme ISDS. Sekiranya terdapat rampasan atau asset pelabur dimilik negarakan, maka pelabur berhak menuntut pampasan. Selain itu, pelaburan Malaysia di negara ahli TPPA tidak boleh didiskriminasi kecuali dalam situasi tertentu seperti mana dinyatakan dalam senarai pengecualian negara tersebut. Pelaburan Malaysia akan mendapat faedah dalam sektor pengilangan, pembinaan, logistic, khidmat professional, alam sekitar, pelancongan & perhotelan, pendidikan dan telekomunikasi. Tambahan pula, duti import bagi hamper 73 peratus daripada eksport barangan tekstil ke Amerika Syarikat akan dimansuhkan serta-merta dengan berkuatkuasanya TPPA.
  1. Kerajaan
Daripada aspek kerajaan, perjanjian TPPA dapat meningkatkan eksport dan pertumbuhan ekonomi Malaysia, sekaligus meningkatkan jumlah pekerjaan. Justeru, Kerajaan Malaysia dapat mengakses pasaran yang lebih besar dengan negara-negara yang tidak mempunyai FTA dengan Malaysia sebelum ini iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru. Perjanjian ini juga mampu meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat kerana mengandungi peruntukan yang membela kebajikan pekerja termasuk kadar gaji minimum yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.   
Impak Negatif TPPA terhadap:
  1. Kerajaan
Kerajaan akan terdedah dibawah risiko yang didakwa oleh pelabur asing. Investor-state dispute settlement (ISDS) sistem yang di dalam TPPA membenarkan pelabur asing untuk mendakwa kerajaan apabila mereka rasa perlaksanaan policy baru atau perubahan policy kerajaan akan menjejaskan keuntungan mereka. Sekiranya didakwa, kerajaan mungkin akan membayar penalti yang bernilai billion dollars. Selain itu, langkah kawalan modal seperti apa yang telah diambil oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997 adalah tidak dibenarkan dibawah persetujuan TPPA. Ini akan menyebabkan kerajaan tidak mempunyai langkah yang berkesan untuk menyelamatkan ekonomi apabila ‘hot money’ negara asing mengalir ke Malaysia ataupun berlaku krisis kewangan.

  1. Rakyat
Dibawah perjanjian TPPA, tempoh hak harta interlek syarikat perubatan seperti paten akan ditingkatkan dan datanya akan diperlindungi. Ini akan meningkatkan harga ubat dan seterusnya meningkatkan kos perubatan rakyat Malaysia. Selain itu, segala maklumat atau bahan yang dilindungi hak cipta, mempunyai tanda niaga atau dipatenkan perlu dibayar untuk menggunakan, contohnya filem, muzik, kertas penyelidikan dan lain-lain. Ini bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau disewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

  1. Usahawan tempatan
Dibawah perjanjian TPPA, syarikat negara asing akan dibenarkan bebas berniaga di Malaysia. Ini akan menyebabkan usahawan kecil tempatan terpaksa bersaing dengan syarikat asing yang mempunyai modal yang tinggi dan penguasaan dalam industry tersebut. Lambat laun, Malaysia akan dipenuhi dengan kedai syarikat asing kerana usahawan tempatan tidak dapat bersaing dengan mereka dan ini seolah-olahnya ekonomi Malaysia diculik oleh negara asing.

Kesimpulannya, menandatangani Perjanjian TPPA akan membawa pelbagai impak kepada Malaysia secara positif dan negatif. Kerajaan dan rakyat haruslah bersedia terhadap kedatangan era perdagangan bebas.

56 comments:

  1. thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. Nice information!! 👌🏻👍🏼

    ReplyDelete
  3. Great information and nice.. 👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Great information and nice.. 👍👍👍

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. A job well done, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  7. I think that negative impact > positive impact, got alot “hidden rule” under TPPA, let's just wait and see…btw good article

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing. Good!

    ReplyDelete
  10. good job,I get many information and learn many things about TPPA in this article, well done.

    ReplyDelete
  11. clear understanding TPPA through this info..

    ReplyDelete
  12. Well done. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  13. Good article, clear and easy to understand

    ReplyDelete
  14. Fantastics work, where u get those information. Impressive.

    ReplyDelete
  15. These information is very useful~

    ReplyDelete
  16. Clear explanation and informative. This article should be shared to everyone know to understand more on TPPA.

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F