Saturday, June 4, 2016

Kesan dinamik integrasi ekonomi oleh Mohd Nazril dan Mohamad Hafiz

Kesan dinamik integrasi ekonomi
oleh Mohd Nazril dan Mohamad Hafiz

Kerjasama dalam bidang ekonomi yang menghubungkan ASEAN telah pun bermula melalui beberapa saluran yang berbeza, ini termasuklah beberapa buah Negara-Negara Anggota ASEAN yang berkongsi peranan dalam saling melengkapi dalam bidang pengeluaran, memudahkan penghantaran produk merentasi sempadan dan mekanisme lain yang memudahkan penghantaran barangan dengan lebih lancar, perkhidmatan dan modal serta buruh yang mahir di rantau ini. Oleh itu, ASEAN merupakan salah satu rantau yang paling dinamik dan penyumbang utama terhadap pertumbuhan ekonomi di dunia. Integrasi Ekonomi dan peluang yang sedia ada dapat memberi faedah kewangan dan ekonomi kepada ratusan juta rakyat ASEAN. Sekiranya ASEAN adalah sebuah negara tunggal, ia akan menjadi negara ekonomi ketujuh terbesar di dunia dan ketiga terbesar di Asia.
Tarif di antara Negara-Negara ASEAN masih kekal pada tahap kosong telah memberi kesan kepada penurunan harga barangan dan meningkatkan pilihan kepada pengguna. ASEAN juga menjadi destinasi pelaburan yang bertaraf dunia dan menghasilkan lebih banyak peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan bagi penduduk ASEAN. Meliberalisasikan dan mengintegrasikan ekonomi di ASEAN selepas pelancaran Komuniti Ekonomi ASEAN dalam bulan Disember 2015 dijangka akan dapat mendatangkan banyak manfaat di rantau ini. Secara kolektif atau berkelompok, ASEAN dijangka akan menjadi ekonomi yang keempat terbesar di dunia menjelang tahun 2050. Secara rasminya, Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) telah ditubuhkan pada 31 Disember 2015 merupakan mercu tanda utama dalam agenda integrasi ekonomi serantau yang berterusan bagi ASEAN.
Sebagai komuniti yang berintegrasi, ASEAN bertujuan untuk menjadi rantau yang mempunyai peraturan yang mudah untuk diikuti, tahap tarif yang rendah dan kerjasama yang tersusun, teratur dan lebih erat, ketelusan yang lebih luas seperti kumpulan kerja yang berbakat, berpendidikan tinggi dan pengkalan pengguna yang berkembang maju. Langkah-langkah menuju integrasi ekonomi yang lebih mendalam dipercepatkan dengan adanya Framework Agreement on Enhancing ASEAN Economic Cooperation yang meliputi bidang perdagangan, perusahaan, bahan galian dan tenaga, kewangan dan perbankan, pemakanan, pertanian, perhutanan, pengangkutan dan perhubungan. Hal ini membawa kepada penyelarasan perdagangan di ASEAN yang merangkumi 1992 ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang bertanggungjawab untuk menurunkan kadar tarif di rantau ASEAN. AFTA berperanan untuk meningkatkan tahap daya saing dalam kalangan Negara-Negara Anggota ASEAN dan sebagai pengkalan pengeluaran melalui penghapusan tarif dan halangan bukan tarif telah menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing di rantau ini. Perjanjian lain yang mendorong integrasi ekonomi merangkumi ASEAN Framework Agreement on Services in 1995, ASEAN Trade in Goods Agreement in 2010 yang mengabungkan inisiatif-inisiatif dan komitmen ASEAN dalam perdagangan barangan dan ASEAN Comprehensive Investment Agreement in 2012.

Pada tahun 2003, para Pemimpin ASEAN telah mengisytiharkan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN yang merupakan matlamat integrasi ekonomi serantau. Dari empat bidang integrasi di bawah Komuniti Ekonomi, Negara-Negara Anggota telah pun mencapai 100 peratus dari langkah-langkah yang berhubung kait dengan perkembangan ekonomi yang setara dan integrasi ASEAN terhadap ekonomi global. Pada masa yang sama, para Pemimpin ASEAN telah pun mengakui keperluan untuk meneruskan usaha integrasi ekonomi serantau. Para Pemimpin ASEAN juga komited dalam memastikan proses integrasi berterusan dan merapatkan jurang pembangunan di antara Negara-Negara Anggota ASEAN.

85 comments:

  1. Good information...such a nice article

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Thank you for the info . Nice sharing.

    ReplyDelete
  4. THANK YOU FOR SHARING USEFUL INFORMATION

    ReplyDelete
  5. good article to read

    ReplyDelete
  6. Artikel yang ringkas dan mudah difahami. Good job!

    ReplyDelete
  7. great information..congrate guys

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing the great information..

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang menarik 👍🏼👍🏼 teruskan yee

    ReplyDelete
  10. Menarik tertarik kau mmg tembam

    ReplyDelete
  11. good writing and nice article.keep it up

    ReplyDelete
  12. Nice article..u are good writer bro:-)

    ReplyDelete
  13. Nice article..u are good writer bro:-)

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing good info..

    ReplyDelete
  15. Really good...I want more additional

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Penerangan anda sangat bagus..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Good information and useful for others.. :)

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F