Oleh
Izzul, Muhammad, Anis, Norzaidy
Isu yang semakin menular di seluruh dunia ini adalah apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengenakan tariff yang lebih tinggi ke atas USD 200 billion barangan import daripada China pada September lalu. Menurut pandangan Trump, pengurangan import akan mencipta permintaan terhadap barangan domestik dan memperkasakan industri tempatan. Memandangkan China merupakan sumber defisit US yang terbesar, maka China menjadi sasaran utama Trump. Perang perdagangan berlaku apabila negara berlumba-lumba untuk menaikkan tarif untuk menyekat masuk barangan import. Sebelum itu, kita harus mengetahui apakah definisi tariff. Tarif boleh dimaksudkan dengan halangan yang menghalang kebebasan perdagangan antarabangsa. Jadi, terdapat beberapa kesan perang dagangan ini keatas negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, China dan terutamanya Malaysia. Antaranya adalah harga produk melambung melebihi nilai sebenar mereka. Seterusnya, lambakan produk di pasaran tempatan dan produk juga terpaksa dijual pada harga yang lebih rendah di pasaran tempatan. Manakala, kesan kepada Malaysia pula adalah perang dagangan ini sudah pasti membuka pasaran yang terbentang luas bagi negara seperti Malaysia. Malaysia berpeluang mengimport barangan pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Seterusnya, peluang menarik pelabur luar untuk membuka kilang pengeluaran mereka di Malaysia lebih terbuka kerana tidak berlaku ancaman cukai tariff import dan eksport yang tinggi. Pelaburan luar akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Perang dagangan US – China sebenarnya telah membuka peluang terbaik kepada produk tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Rakyat Malaysia mungkin berpeluang memiliki barangan berjenama dan berkualiti pada harga yang lebih rendah.
English
The growing worldwide issue is when US President Donald Trump imposed higher tariffs on USD 200 billion of imported goods from China in September. According to Trump's view, the reduction in imports will create demand for domestic goods and empower local industries. Given that China is the largest source of US deficit, China has become Trump's main target. Trading warfare occurs when a country races to raise tariffs to restrict imported goods. Before that, we need to know what is the definition of the tariff is. Tariffs may be meant for barriers that impede international trade freedom. So, there are some of the effects of this trade war on other countries especially Malaysia. Moreover, this trade war is sure to open a wide-spread market for countries like Malaysia. Malaysia has the potential to import goods at cheaper prices than market prices. Furthermore, the opportunity to attract outside investors to open their manufacturing plants in Malaysia is more open as there are no high import and export tax threats. External investment will open more job opportunities to Malaysians. US-China trade war has actually opened up the best opportunities for local products to penetrate the international market. Malaysians may have the opportunity to own branded and quality goods at lower prices.
πππ
ReplyDeleteTerbaik bossku. New knowledge
ReplyDeleteππ»ππ»
ReplyDeleteTerbaikkkk!!
ReplyDeletePenyampaian maklumat yang jelas.. Terbaik
ReplyDeletenice
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteVery good information .. thank you for sharing π
ReplyDeletenice.. good information
ReplyDeleteThank for sharing information
ReplyDeleteInformasi yang sangat menarik. Thanks sebab sharingπ
ReplyDeleteMaklumat yang jelas dan mudah difahami ...
ReplyDeleteSangat mudah utk difahamiπ€
ReplyDeleteNice ππ»
ReplyDeleteHebat la izul n the geng
ReplyDeleteNiceee
ReplyDeletePenerangan yang sangat jelas. Terima kasih untuk maklumat
ReplyDeleteIlmu ini menarik untuk dipelajari
ReplyDeleteahh mnipu sja .. ndada2 la . bh 20 sma aku
DeleteMantappp
ReplyDeleteterbaik . mudah nk faham . nak lagi vdeo cmni . nk blajar lebih dari korg
ReplyDelete