Saturday, December 23, 2017

Imbangan Pembayaran

oleh Choon Hoo, Kuang Yong dan Jenn Yun


Imbangan pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan semu nilai urusniaga dan aliran wang yang berlaku di antara Malaysia dengan negara lain di seluruh dunia dalam satu tempoh masa tertentu. Imbangan pembayaran boleh dibahagikan kepada Imbangan Akaun Semasa, Imbangan Akaun Modal, dan Imbangan Akaun Kewangan. Imbangan akaun semasa adalah import dan eksport barangan, perkhidmatan, pendapatan primer dan pendapatan sekunder. Manakala imbangan akaun modal adalah aset bukan kewangan dan pemindahan modal. Akaun kewangan adalah pelaburan langsung, pelaburan portfolio, aset rizab, dan pelaburan lain. Lebihan berlaku apabila baki adalah positif, defisit berlaku apabila baki negatif. Imbangan pembayaran penting untuk membantu menentukan dasar perdagangan, perindustrian dan ekonomi kerajaan, dan juga membantu ahli ekonomi dan penganalisis memahami kekuatan ekonomi negara berhubung dengan negara-negara lain.
            Berdasarkan data Bank Negara Malaysia 2017, Imbangan akaun semasa menunjukkan peningkatan lebihan dari suku tahun pertama hingga suku tahun kedua 2017. Hal ini disebabkan oleh lebihan dalam eksport barangan yang lebih tinggi, defisit dalam perkhidmatan dan pembinaan yang lebih rendah, dan defisit pendapatan primer yang rendah. Tambahan pula, akaun modal menunjukkan lebihan yang berkurang dari suku tahun pertama ke suku tahun kedua 2017 akibat daripada peningkatan aliran keluar modal yang lebih besar dan penurunan aliran masuk modal. Akaun kewangan menunjukkan peningkatan daripada defisit pada suku tahun pertama meningkat kepada lebihan akaun pada suku tahun kedua 2017. Disebabkan oleh foreign direct investment (FDI) dan direct investment aboard (DIA) yang membawa kesan utama ke atas pelaburan portfolio. Imbangan pembayaran juga penting kepada kerajaan untuk membuat perbincangan dalam polisi bagi memastikan urusniaga dan ekonomi negara dalan keadaan yang seimbang.

                Peningkatan imbangan pembayaran di Malaysia boleh dicapai dengan melaksanakan beberapa dasar seperti dasar perdagangan, dasar pengurangan perbelanjaan, dan dasar pernukaran perbelanjaan. Kerajaan melaksanakan langkah-langkah dasar perdagangan dengan memperluaskan eksport dan menahankan import. Selain itu, dasar pengurangan perbelanjaan adalah satu dasar kewangan yang ketat dan dasar fiskal menguncup bagi mengurangkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi untuk memperbaiki imbangan pembayaran. Tambahan pula, dasar penukaran perbelanjaan adalah dasar devaluasi iaitu penurunan pertukaran mata wang negara untuk memperbaiki imbangan pembayaran. 

44 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Very informative. Good job. Keep it up!

    ReplyDelete
  5. really helpful information learn alot

    ReplyDelete
  6. Great, can have more information on link as below
    https://www.ceicdata.com/en/indicator/malaysia/data/bop-financial-acc-direct-investment-liabilities

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This had help me recap the knowledge, 👍

    ReplyDelete
  9. Maklumat yang padat dan jelas. Nice video.

    ReplyDelete
  10. fuyoooo bagus sangat lah info tu.

    4min agak panjang dikit coz bosan. boleh tambah sedikit animation buat tak boring juga...

    ReplyDelete
  11. Nice. It provides a lot of good information.

    ReplyDelete
  12. This is very good and clear video

    ReplyDelete
  13. Good explanation and straight to the point 👍

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F