Saturday, December 23, 2017

ZPBD

oleh Amalina, Amy Mastura dan Aila


Berdasarkan Transformasi Nasional ke-50, ekonomi Malaysia akan berubah menjadi ekonomi digital. Kemajuan dalam pembangunan ekonomi secara umumnya memerlukan tiga perkara yang utama iaitu hab logistik, hab perkhidmatan satelit dan platform e-Perkhidmatan. Malaysia melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital atau kenali sebagai Digital Free Trade Zone (DFTZ) ini bagi menggalakkan lebih ramai pihak melibatkan diri dalam e-Dagang negara. DFTZ bermatlamat membantu syarikat kecil dan sederhana tempatan sebagai persiapan untuk memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka supaya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negara. Objektif dalam melancarkan DFTZ ini adalah untuk membantu PKS mengeksport hasil pengeluaran mereka di peringkat global dengan cara yang mudah dan juga membolehkan pasaran global mendapat sumber dari pengilang atau peniaga di Malaysia. Malah, dapat juga menjadikan Malaysia sebagai hab penunaian serantau bagi jenama global untuk mencapai pembeli-pembeli ASEAN. Ekosistem yang stabil bagi memacu inovasi kreatif dalam e-dagang dan ekonomi internet juga adalah salah satu tujuan dalam DFTZ ini. Seterusnya, pembentukan DFTZ ini juga banyak membantu dalam memberi faedah kepada ekonomi negara iaitu perkhidmatan import dan eksport bersepadu dan logistik bersepadu, analisis data yang besar, pengurusan dana yang lancar, Pavilion Malaysia dapat dihasilkan dan juga dapat menjamin dalam kemajuan perdagangan pada masa depan. Secara keseluruhannya, penubuhan DFTZ ini memperolehi manfaat teknologi dan inovasi terkini untuk perdagangan merentasi sempadan yang cekap dan secara tidak langsung juga menghubungkan pekhidmatan global dalam sektor awam dan memberi kemudahan kepada perkhidmatan pengeksport dan pengimport.

42 comments:

  1. thank you for sharing this information...nice

    ReplyDelete
  2. Good information. Thanks for sharing ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  3. Terbaik. Terima kasih di atas infomarsinya.

    ReplyDelete
  4. terbaik lah!!! melalui video ni, secara ringkas pun dah boleh faham..

    ReplyDelete
  5. info yg ringkas dan mudah difahami... tq!

    ReplyDelete
  6. saya suka video ini.. sekarang saya boleh faham dengan lebih jelas berkaitan DFTZ. Thanx

    ReplyDelete
  7. penerangan tentang DFTZ secara ringkas yang mudah untuk difahami.. good work! nice

    ReplyDelete
  8. terima kasih untuk perkongsian ilmu dftz ini., comel je video

    ReplyDelete
  9. diharapkan pembentukan dftz ini dapat bantu tingkatkan pendapatan negara kita.. tq for this info

    ReplyDelete
  10. nice ah.. good info, simple, just nice

    ReplyDelete
  11. informasi yang berguna. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  12. terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang dftz.. ringkas je, tapi senang faham

    ReplyDelete
  13. Thanks for the info. It is very useful for my assignment and my knowledge too

    ReplyDelete
  14. Terbaik...informasi yang sangat berguna๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  15. Good info...thx for sharing tis

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F