Saturday, December 23, 2017

PUNCA DAN KELEBIHAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

oleh Izzah, Aqilah dan Azimah


Perdagangan antarabangsa merupakan pertukaran barang dan perhidmatan yang melibatkan import, export dan entreport Selepas mendatagani Perjanjian Am Tariff pada 1957, Malaysia telah menjadi sebahagian sistem perdagangan semua hala. Di Malaysia,  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merupakan institusi kerajaan yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal perdagangan Malaysia dengan negara lain. 
Selain negara ASEAN, Malaysia juga menjalin hubungan perdagangan antarabansa dengan negara lain seperti China, USA dan Japan serta negara lain yang terlibat dalam kegiatan import dan export dengan Malaysia. Berdasarkan stasistik tahun 2017, destinasi export utama Malaysia ialah Singapore iaitu 14.70%, kemudian China iaitu 13.31% dan USA iaitu 9.59%. Manakala sumber import utama Malaysia ialah China iaitu 19.51%, kedua,  Singapore dengan 10.80% dan diikuti dengan USA iaitu 8.65%.
 Perdagangan antarabangsa wujud kerana pengkhususan dalam pengeluaran di negara-negara tertentu. Pengkhususan ini berlaku kerana beberapa faktor seperti kewujudan faktor semulajadi, perbezaan saiz pemilikan modal dan kecekapan penduduk. Kedua, saiz modal yang dimiliki oleh negara adalah berbeza. Terdapat negara-negara yang mempunyai banyak modal di samping penggunaan teknologi tinggi (negara maju) dan terdapat negara-negara dengan modal kecil dengan penggunaan teknologi rendah (negara mundur). Saiz pemilikan modal dan penggunaan teknologi yang berbeza ini menyebabkan penciptaan teknik dan jenis pengeluaran yang berbeza, perbezaan kemahiran dan kecekapan buruh di sesebuah negara telah membawa kepada pengkhususan di mana perdagangan antarabangsa berlaku .Secara amnya, negara-negara maju mempunyai buruh yang lebih mahir dari negara-negara kurang maju.Selain itu, perbezaan dalam pilihan rakyat juga membawa kepada perdagangan antarabangsa. Penduduk di setiap negara mempunyai pilihan yang berbeza. . Sebagai contoh, Malaysia mengimport kereta jenama Toyota dari Jepun kerana sesetengah rakyat Malaysia lebih suka jenama jepun daripada jenama Malaysia. Kelebihan perdagangan antarabangsa yang pertama ialah, setiap negara tidak dianugerahkan  sumber asli yang sama dengan semua jenis sumber di seluruh negara. Sebagai contoh, kita mengimport beras dari Thailand kerana beras kita tidak mencukupi untuk orang di Malaysia.

6 comments:

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F