Sektor pertanian melibatkan
pertanian, perternakan dan perikanan yang merupakan aktiviti ekonomi yang
dikenalkan sebagai sektor utama selain daripada perlombongan dan kuari di
Malaysia. Sektor pertanian merupakan aktiviti peringkat awal yang tidak atau
kurang melibatkan aktiviti pemprosesan dan memainkan peranan yang penting dalam
ekonomi Malaysia. Ia merupakan salah satu penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) di Malaysia. Perdagangan antarabangsa ialah pertukaran barang
antara satu negara dengan negara yang lain. Sektor pertanian boleh dibahagikan
kepada dua kategori iaitu komoditi pertanian untuk industri dan komoditi
makanan di Malaysia. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK semakin merosot dibandingkan
dengan sumbangan oleh sektor pembuatan. Kejatuhan ini mencerminkan perubahan
struktur yang berlaku dalam ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh peningkatan sumbangan
oleh sektor perindustrian dan perkhidmatan. Krisis kewangan
antarabangsa telah menyebabkan penurunan jumlah eksport pada 2009. Bagi
memulihkan ekonomi negara, kerajaan telah melaksanakan dasar luar biasa
dilaksanakan untuk mengurangkan keadaan mudah tunai dan kredit yang ada diambil
dalam ekonomi maju utama. Jumlah import telah merosot pada tahun 2009 kerana
kerajaan telah mengurangkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Ia terus
mengurangkan permintaan penduduk tempatan terhadap barang import. Seterusnya,
jumlah eksport makanan kurang stabil dalam tempoh tahun 2009 hingga tahun 2011
disebabkan kekurangan makanan tertentu. Masyarakat terpaksa mengimport makanan
dari luar negara demi memenuhi keperluan dan permintaannya. Bagi ketegori
jumlah keluaran pertanian lain, minyak kelapa sawit adalah eksport yang terbesar
pada tahun 2006 hingga 2011. Dalam perdagangan barangan terpilih antara
Malaysia dengan negara ASEAN telah melibatkan beras, baja, bahan makanan dan
sebagainya. Walaupun negara Malaysia juga mengeluarkan beras namun Malaysia
tidak mampu bersaing dengan import beras di negara-negara ASEAN terutama
Thailand. Hal ini disebabkan kos pengeluaran padi dan beras di negara- negara
tersebut adalah terlalu rendah.Malaysia juga telah mengeksport pelbagai jenis
buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dapat dikeluarkan oleh negara lain di
mana disebabkan iklim dan jenis tanah yang berbeza.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tarif
https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F
-
5 faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran oleh LIM KAH YEN dan GOH YEN CHEE Kadar pertukaran asing dimaksudkan sebagai mata wang s...
-
OLEH IZZATI NADHIRAH, SITI NURFATIAH DAN NURILI FARZANA Menurut Graham Dunkley (2004), perdagangan bebas biasanya ditakrifkan sebaga...
-
OLEH SITI ROHANA, NURUL NAZIRA DAN RIDATUL AFIDA Kadar pertukaran asing adalah harga per unit mata wang asing yang dinayatakan dal...
Good video
ReplyDeleteInformasi ini amat membantu. Good job
ReplyDeletegood video and good information
ReplyDeleteGood information!
ReplyDeleteWell Done!!!
ReplyDeleteWell done
ReplyDeletebagus information ni👍
ReplyDeleteNice!
ReplyDeleteExplained well
ReplyDeleteVery nice!!
ReplyDeleteGreat article. Well organized.
ReplyDeleteGreat article. Well organized.
ReplyDeleteThanks for the well explained information
ReplyDeletegreat article.
ReplyDeleteeasy understanding n good information
ReplyDeleteGood job! It’s great!
ReplyDeleteI see...good explanation !
ReplyDeleteThanks for sharing information
ReplyDeleteamazing
ReplyDeleteGood info👍👍
ReplyDelete