Saturday, December 23, 2017

Sumber Luaran

oleh Poh Lee, Lee Wen dan Fragrant


Sumber luaran ialah satu subkontrak dengan firma lain atau pembelian komponen-komponen lebih daripada mengeluarkannya agar kos pengeluaran dikurangkan. Perkataan lain bagi sumber luaran ialah pesisir luar.
Syarikat akan mendapatkan beberapa kebaikan apabila penggunaan sumber luaran. Kebaikan-kebaikannya adalah meningkatkan kemahiran pengkhususan, menjimatkan masa, mengurangkan persaingan dan menjimatkan kos. Selain daripada kebaikan, beberapa keburukan juga akan disebabkan oleh sumber luaran, iaitu kehilangan kemahiran, kehilangan kawalan, kos tidak nyata dan ancaman keselamatan dan kerahsiaan.
Sumber luaran mempunyai empat jenis utama bagi satu syarikat untuk mengadakan kontrak dengan syarikat sumber luaran, iaitu perkhidmatan perkilangan, perkhidmatan kepakaran, perkhidmatan proses tertentu dan perkhidmatan operasi.
Tambahan pula, sumber luaran juga membantu perkembangan kilang dengan menyokong pelanggan-pelanggan multinasional. Syarikat bersumber luaran dan pemasuk pasaran baru telah mencipta pusat dan pelbagai pekerjaan di tempat-tempat yang hanya memerlukan kos yang rendah seperti Filipina, Vietnam, Indonesia, Europe Timur dan Amerika Latin. Pusat-pusat tempatan wujud penggunaan bahasa lain, pelbagai kemahiran teknologi atau sokongan zon masa yang sentiasa diperlukan oleh syarikat-syarikat sumber luaran untuk menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya bagi mencapai tahap perjanjian perkhidmatan (SLAs). Apple Inc. mula menjalankan perkilangannya di luar negara. Mereka menentukan Asia sebagai matlamat kerana kos yang rendah dan mempunyai buruh separuh mahir yang cukup untuk mengeluarkan produk-produk Apple. Sebab utama adalah pekerja-pekerja Asia lebih fleksibel, bertahan dan mahir berbanding dengan pekerja-pekerja Amerika. Misalnya, Apple mereka bentuk skrin semula secara tiba-tiba dalam kesuntukan masa dan pemasangan jalur perlu membaikpulihkan untuk membuat perubahan. Dengan perubahan tersebut, mandor membangunkan semua pekerja yang tengah tidur di asrama untuk memulakan perubahan tersebut. Bagi membaikpulihkan skrin reka bentuk dan memulakan perjalanan produk baru hanya menggunakan masa empat hari. Selain daripada Apple, NIKE juga merupakan syarikat yang
menggunakan sumber luaran dengan banyak.. Pengeluaran NIKE yang menggunakan sumber luaran ialah kasut, pakaian, lesen pihak ketiga dan pusat-pusat pengagihan.

53 comments:

  1. Good video, provide us very good information about Bop
    nice, thank you
    Good job. awesome..

    ReplyDelete
  2. Wow...i really love this video

    ReplyDelete
  3. Quite informative and practical

    ReplyDelete
  4. Kenapa sumber luaran dapat menjimatkan masa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. because when a company is not specialise in producing a component of the good, then it takes more time to produce it compared to the company which is specialise in that production. Thus, the company can save the time when it outsources from the specialized company.

      Delete
  5. Replies
    1. because the outsourcing is in win-win situation when a company outsources from another company. This is due to the companies will never compete each other when they are in a corporation. Besides that, the outsource company also provides new or wider strategies to the less specialised company, so it is a learning that can reduce the competition between each other.

      Delete
  6. Sumber luaran merupakan satu strategik yang penting kepada setiap syarikat untuk mengstabilkan kedudukannya

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Sumber luaran adalah komponen penting bagi memajukan negara tetapi janganlah mengabaikan keburukannya.

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing ,great video!

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F