Sunday, May 14, 2017

HALANGAN BUKAN TARIF

OLEH NOOR IDAYU DAN HASNUR SHIMA 


Halangan bukan tarif telah wujud sejak tahun 1960-an lagi dan dapat dilihat dalam pelbagai bentuk termasuklah menetapkan satu piawaian kualiti bagi barangan import, kuota import, boikot, keperluan kebersihan dan kesihatan, halangan eksport sukarela, subsidi, dan sebagainya. Tahap halangan sama ada besar atau kecil berbeza di antara satu halangan dengan halangan yang lain. Walaubagaimanapun, kesemua halangan bukan tarif ini bertujuan untuk mengurangkan import dan secara langsung memberi lebih faedah dan keuntungan kepada pengeluar tempatan.
Antara jenis-jenis halangan bukan tariff ialah tarif, kuota, subsidi, kawalan pertukaran asing, embargo, dan sekatan bukan ekonomi. Halangan ini bertujuan untuk mengurangkan import dan secara langsung memberi lebih faedah atau keuntungan kepada pengeluar tempatan. Tarif atau duti import merupakan satu kawalan perlindungan yang melindungi industri tempatan daripada persaingan. Tariff merupakan cukai yang dikenakan ke atas barangan import. Oleh itu, harga barang import akan meningkat dan menjadikan harganya mahal secara relatifnya berbanding dengan harga tempatan. Duti import juga merupakan hasil kepada pendapatan negara. Terdapat dua jenis cukai iaitu cukai ad-valorem dan cukai spesifik.

Antara tujuan dikenakan sekatan antarabangsa kerana sumber hasil kerajaan, melindungi industri muda dan tempatan, antilambakan, menghadapi persaingan, keselamatan. Sumber hasil kerajaan seperti tarif dapat memberikan sumber hasil kepada kerajaan. Melindungi industri muda dan tempatan seperti kuota, tarif dan kawalan pertukaran asing dapat mengehadkan penawaran barang import dan membolehkan industri muda dan tempatan berkembang. Antilambakan ialah menyekat import sekiranya negara asing melakukan lambakan. Lambakan bermaksud menjual barang dipasaran antarabangsa pada harga yang kurang daripada kos menghadapi persaingan yang membolehkan barang tempatan bersaing dengan adanya sekatan perdagangan seperti kuota dan duti import, mengurangkan penawaran barang import.


Dengan penurunan tarif import dalam dua dekad yang lalu, halangan bukan tarif telah mendapat kepentingan sebagai langkah perlindungan bagi negara yang dikenakan sekatan ini. Kita dapati anggota negara-negara ASEAN khususnya seperti Vietnam dan Malaysia sendiri yang bersetuju jika halangan bukan tarif ini dimansuhkan. Tujuan utamanya adalah kerana ingin memudahkan perdagangan dua hala lebih mudah dilaksanakan tanpa ada sekatan ini. Kesimpulannya, peraturan-peraturan yang dikenakan oleh kerajaan khususnya dalam bidang piawaian keselamatan dan teknikal dan juga bidang keperluan pemasaran boleh memberi kesan yang besar kepada corak perdagangan dunia.

13 comments:

  1. Interesting! haha

    Help me too~
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949

    ReplyDelete
  2. Thanks for information.. Very interesting.. Can give knowledge for us

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk maklumat tersebut :)

    ReplyDelete
  4. Dh mcm pembaca berita. Info lengkap

    ReplyDelete
  5. nice information. thanks for sharing with us

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F