Sunday, May 14, 2017

PERTUKARAN ASING: KEJATUHAN NILAI MATA WANG

OLEH # FAIZ, NUR LYANA DAN NUR IZZATI


Di dalam kitaran ekonomi global, turun naik ekonomi adalah perkara biasa. Ianya bukan sahaja memberikan impak kepada ekonomi malah memberikan kesan kepada semua negara di dunia yang berdagang dengannya. Krisis kewangan Asia telah berlaku pada tahun 1998. Banyak negara telah terkesan antaranya Indonesia, Korea Selatan dan Thailand jika dibandingkan kesan ke atas negara lain. Bagi mengatasi masalah tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan sistem pertukaran tetap yang mengikat nilai ringgit iaitu  RM3.80 pada 1 dolar Amerika Syarikat. Atas tindakan beliau, Malaysia merupakan negara terawal pulih berbanding negara lain.
Seterusnya, transaksi pertukaran asing terbahagi kepada tiga jenis iaitu spot transaction, forward transaction dan forward transaction. Spot transaction merujuk kepada urus niaga pertukaran asing secara terang terangan dengan kadar segera. Forward transaction pula merupakan pembelian, penjualan barangan atau perkhidmatan pada harga tertentu .Manakala penukaran mata wang asing antara bank dan syarikat-syarikat dikategorikan sebagai swap transaction.
Kadar pertukaran bagi pasaran bebas ditentukan oleh keadaan permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran. Permintaan pertukaran asing bermaksud jumlah wang asing yang diminta oleh penduduk dan firma sesebuah negara untuk membuat bayaran ke atas aset domestik yang diimport dari luar negara dan pelaburan di negara asing. Manakala bagi penawaran mata wang asing bermaksud jumlah mata wang asing yang diperlukan oleh penduduk dan firma negara asing untuk membuat bayaran ke atas eksport barangan, perkhidmatan dan aset dalam negara tersebut.
Bagi sistem kadar pertukaran asing pula ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu sistem pertukaran boleh ubah dan sistem pertukaran tetap. Keseimbangan dapat dicapai melalui kuasa pasaran bagi sistem pasaran bebas manakala dalam sistem pertukaran tetap kadar pertukaran satu mata wang dengan satu mata wang yang lain adalah ditetapkan oleh kerajaan sesebuah negara.
Walaubagaimanapun, terdapat faktor yang mempengaruhi dan kesan kejatuhan mata wang. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tukaran wang adalah kadar inflasi negara, kadar faedah, hutang awam, dan kestabilan politik serta ekonomi. Perubahan nilai mata wang akan memberi kesan kepada negara melalui tiga saluran iaitu saluran perdagangan antarabangsa, saluran pelaburan dan saluran institusi. Dari segi kebaikan penurunan nilai matawang memberi nilai tambah pada negara kerana dapat membuka peluang untuk negara berdaya saing dalam pasaran eksport. Namun begitu kejatuhan nilai mata wang memberi impak yang lebih besar terutama rakyat yang berpendapatan kecil di mana ia akan mempengaruhi corak perbelanjaan domestik. Justeru itu, ia akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi sekaligus akan meningkatkan harga barangan import.
Kesimpulannya diharapkan semua pihak dapat bekerjasama memainkan peranan yang jitu dalam menstabilkan masalah kewangan kita. Langkah yang boleh diambil sebagai rakyat marhaen kita perlu menggunakan penggunaan barang domestik berbanding barangan luar negara. Akhir sekali, bukan pihak kerajaan mahupun bank pusat sahaja yang harus memberi perhatian tetapi semua pihak harus mengambil peranan masing-masing dalam mengatasi masalah ini.









41 comments:

  1. Cool!

    Help me too~
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949

    ReplyDelete
  2. 😊...its new for me....great info!!!

    ReplyDelete
  3. Absolutely true,good information!

    ReplyDelete
  4. Thanks for the good info. It help me a lot.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the good information. It helps me a lot

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. It is a good platform to explain creatively about the economy subject instead of using the normal powerpoint or mc word. Nice one...

    ReplyDelete
  8. Fantastic info.. I learned alot.. Tankiu guys.. Good job...

    ReplyDelete
  9. Nice info πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  10. Informasi yang menarik, bila dibicarakan tentang pertukaran asing kita akan kaitkan dengan mata wang. peningkatan dan penurunan adalah perkara biasa yang berlaku. malahan ianya berlaku setiap hari setiap masa.

    sri aliyah syuhaidah binti ayub 243286

    ReplyDelete
  11. Isi yang ringkas tapi padat, maklumat berguna untuk menerangkan tentang kejatuhan nilai mata wang.

    ReplyDelete
  12. Interesting.. Thanks for info.. Good job

    ReplyDelete
  13. Interesting.. Thanks for info.. Good job

    ReplyDelete
  14. i learn something from your explanation..thanks for your info..gd job

    ReplyDelete
  15. Wahhh. Info yang bagus πŸ‘

    ReplyDelete
  16. 3 jenis transaksi, sebelum ni tak pernah tahu lak.. terbaik..

    ReplyDelete
  17. Informasi yang ringkas dan padat. Tq.

    ReplyDelete
  18. good information dan mudah difahami,mungkin boleh masukkan isu tentang forex trading and its impact on fluctuation of curenccy. btw, thnks for information

    ReplyDelete
  19. cara penulisan yang amat menarik. teruskan usaha

    ReplyDelete
  20. Thank you, I get some good information. Keep it up πŸ‘

    ReplyDelete
  21. Anak muda perlu lebih peka terhadap nilai mata wang asing untuk menghadapi kemerosotan ekonomi yg dialami oleh negara πŸ‘

    ReplyDelete
  22. informasi yang sangat berguna.. terima kasih di atas perkongsian yang sangat berguna

    ReplyDelete
  23. love it!!!short, simple and easy to understand ^-^

    ReplyDelete
  24. Terbaik.. Good information. Mmg btul.. Kte sebagai rakyat kena bijak memilih barangan. Utamakan barangan negara kite.Jadilah pengguna bijakπŸ˜ŠπŸ€—

    ReplyDelete
  25. Terbaik.. Good information. Mmg btul.. Kte sebagai rakyat kena bijak memilih barangan. Utamakan barangan negara kite.Jadilah pengguna bijakπŸ˜ŠπŸ€—

    ReplyDelete
  26. Liyana, awak dan kumpulan awak dah melakukan tugasan yg terbaik.. Tahniah..

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F