Sunday, May 14, 2017

ASEAN

OLEH # Nur Farah Nabilah, Nur Adiilah DAN Rafidah 

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada 1 Ogos 1967 dengan Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh lima negara dari rantau ini iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia. Negara anggotanya bertambah kepada 11 anggota apabila disertai oleh Brunei pada tahun 1984, Vietnam pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Kemboja pada tahun 1999.

Dalam Deklarasi tersebut dicatatkan beberapa fungsi ekonomi dan sosial yang hendak dicapai iaitu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budaya serantau, menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau, menggalakkan kerjasama yang aktif dan saling membantu dalam isu-isu yang berkaitan, menyediakan bantuan dalam bentuk latihan dan kemudahan penyelidikan dalam bidang pendidikan, kepakaran teknikal dan pentadbiran dan menggalakkan kajian dalam Asia Tenggara.

Pada tahun 1997, satu perjanjian keutamaan perdagangan (Preferential Trading Arrangement, PTA) telah diwujudkan dengan tujuan untuk meningkatkan perdagangan dalam rantau ASEAN. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan menyatakan usaha ini gagal memberikan pencapaian yang diingini. Selain masalah PTA, penubuhan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Kesatuan Eropah (EU) pada masa tersebut juga telah menimbulkan persoalan tentang kemasukan eksport ASEAN ke pasaran Amerika Syarikat utara dan Eropah. Tambahan lagi, dengan peningkatan persaingan dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan kemunculan negara China sebagai kuasa ekonomi global yang baru, semua faktor-faktor ini telah menimbulkan idea mewujudkan satu kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA) untuk melindungi pasaran dan industri masing serta mendapat kebaikan bersama.

AFTA ialah zon perdagangan bebas antara negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja dan Brunei. Perjanjian AFTA diputuskan pada 28 Januari, 1992 di Persidangan Kemuncak ASEAN Ke-4. AFTA merupakan satu usaha untuk melonggarkan halangan perdagangan iaitu melalui pemansuhan tarif dan halangan perdagangan bukan tarif (NTB) supaya mendapat faedah langsung.
Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (Common Effective Preferential Tariff, CEPT) adalah kerjasama di antara negara-negara ASEAN untuk mengurangkan tarif serantau (intra-regional) dan menghapuskan semua halangan perdagangan bukan tarif (NTB) serta sekatan kuantitatif. Skim ini merupakan mekanisme utama dalam merealisasikan AFTA. Semua negara anggota ASEAN adalah layak menikmati duti CEPT dengan memenuhi syarat yang ditentukan. Pendekatan CEPT adalah berdasarkan secara bertimbal balik (reciprocal) dan secara sektor, ini menjadikan pendekatan ini lebih luas penggunaannya berbanding product-by-product oleh PTA.

Antara halangan yang dihadapi oleh ASEAN ialah, saingan globalisasi antara negara anggota ASEAN kerana terdapat beberapa negara anggota yang mempunyai kelemahan dari segi teknologi dan kepakaran yang rendah serta kekurangan kemudahan infrastruktur jaringan internet dan lain-lain. Bahasa juga menjadi penghalang kepada negara anggota untuk mencapai globalisasi kerana seluruh dunia menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Cabaran dari segi ekonomi pula, kejatuhan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama iaitu bijih timah dan getah asli menyebabkan pengembangan ekonomi di ASEAN terbantut.


Akhir sekali, Malaysia memainkan banyak peranan dan menyumbang banyak idea dalam mencipta strategi yang bijak dan berjaya membaiki corak ekonomi. Segala usaha yang dibuat oleh negara Malaysia telah membangunkan banyak kesan positif yang dapat memberi galakkan dan peluang kepada negara-negara serantau dalam proses untuk meningkatkan ekonomi. 

29 comments:

  1. Interesting!

    Help me too~
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info. Banyak membantu.

    ReplyDelete
  3. Thats right..hebat2..goodjob guyss..

    ReplyDelete
  4. good info. thank you for sharing

    ReplyDelete
  5. Info yang bagus dengan maklumat yang padat dan ringkas

    ReplyDelete
  6. informasi yang sangat bagus... terima kasih di atas perkongsian yang sangat menarik

    ReplyDelete
  7. Maklumat yang sangat berguna. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  8. Maklumat diatas memberi penerangan peranan ASEAN untuk negara kita. Penumpuan yang baik dapat meningkatkan perdagangan antarabangsa kita dan ekonomi negara dapat membanggun. (243242-nursyahirah)

    ReplyDelete
  9. Informasi yang bermanfaat.. Tahniah atas kerja keras anda semua..

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F