Oleh: # Hazman, Najib dan Shahrul
11 November 2016, sejarah tercipta bagi
Malaysia apabila nilai mata wangnya, Ringgit Malaysia jatuh ke paras terendah
sejak krisis kewangan Asia pada 1998 apabila ia didagangkan pada RM 4.53
berbanding 1 Dolar Amerika Syarikat. Ringgit Malaysia mula diperkenalkan Pada
12 Jun 1967 oleh Bank Negara Malaysia bagi menggantikan ringgit Malaya dan
Borneo yang telah digunakan secara meluas di seluruh Malaysia sebelum itu. Kejatuhan nilai ringgit telah mewujudkan
keresahan dan skeptisisme di kalangan rakyat Malaysia mengenai keberkesanan
peranan yang telah dimainkan oleh Bank Negara Malaysia dalam memelihara
kestabilan nilai Ringgit Malaysia yang merupakan nadi perdagangan Malaysia.
Kejatuhan Ringgit Malaysia boleh dikatakan memberikan kesan dua dalam satu bagi
perdagangan Malaysia iaitu kesan positif dan kesan negatif. Kesan ini akan
dibincangkan dalam bab seterusnya.
Prestasi Ringgit Malaysia secara lazimnya diukur dengan membandingkan
nilainya dengan Dolar Amerika Syarikat iaitu mata wang yang pada masa kini
digunakan secara meluas sebagai mata wang sandaran di dalam sistem perdagangan
antarabangsa iaitu bagi memperdagangkan komoditi utama dunia seperti minyak
mentah dan emas. Prestasi Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika Syarikat
dapat dilihat melalui Jadual 1 di bawah:
Sumber : Indexmundi.com
dan Investing.com
Pada tahun 1980, nilai RM mencapai paras tertinggi dalam sejarah
penerbitannya apabila ia didagangkan pada paras sebanyak RM 2.18 bagi 1 USD.
Manakala pada tahun tahun 1998, nilai RM
mencapai paras terendah dalam sejarah penerbitannya apabila ia didagangkan pada
paras sebanyak RM 4.80 bagi 1 USD. sejarah sekali lagi tercipta pada pagi 11
November 2016 apabila ia diperdagangkan pada paras RM 4.53 berbanding dengan 1 Dolar Amerika Syarikat, paras
terendah sejak krisis kewangan Asia pada 1998.
Kejatuhan mata wang dapat didefinisikan sebagai kehilangan nilai mata wang
sesebuah negara berbanding dengan satu atau lebih mata wang negara lain dalam
satu tempoh masa. Terdapat pelbagai punca yang menjurus kepada berlakunya kejatuhan nilai
mata wang ringgit Malaysia berbanding
Dolar Amerika Syarikat antaranya ialah kerana spekulasi luar pesisir,
penurunan harga komoditi seperti minyakmentah secara mendadak, pengukuhan mata
wang Amerika Syarikat dan juga disebabkantindakankerajaan China menurunkan mata
wang Yuan (Mohammad Najib Abdul
Razak, 2015) .
Kesan kejatuhan ringgit kepada perdagangan
Malaysia dapat dilihat dari segi
sisi positif iaitu peningkatan eksport. Apabila berlakunya susut nilai RM, maka
ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam jumlah eksport Malaysia.
Kedua, meningkatkan perbelanjaan pelancong asing di Malaysia. Perkara ini berlaku
disebabkan masyarakat daripada negara asing terutamanya dari negara maju
melihat RM lebih murah berbanding sebelumnya. akhir sekali ia meningkatkan
jumlah pelancong asing ke Malaysia.
Jadual 2 : Jumlah Eksport Malaysia dari 2009-2016
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Kesan kejatuhan ringgit juga dapat dilihat dari
sisi negatif iaitu penurunan import. Hal ini kerana barangan import yang dijual dalam Malaysia
lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar
harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yang jatuh.
Jadual 3 : Prestasi Import Malaysia
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Kesan negatif seterusnya iaitu peningkatan
inflasi. Inflasi berlaku apabila barangan import yang lebih mahal akan
meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan.
Jadual 4 : Inflasi Harga Pengguna
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
dan Bank Negara Malaysia
Akhir sekali adalah peningkatan hutang luar
negeri. Hutang luar negeri meningkat 11.5% pada tahun 2015, disebabkan
terutamanya oleh kesan penilaian daripada penyusutan nilai ringgit berbanding
dengan kebanyakan mata wang pada tempoh tiga suku pertama tahun itu.
Jadual 5 : Hutang Luar Negeri Terkumpul (akhir tempoh)
Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Bank Negara Malaysia
Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang
menjurus kepada berlakunya kejatuhan nilai mata wang ringgit antaranya ialah
kerana spekulasi luar pesisir, penurunan harga komoditi seperti minyak mentah
secara mendadak, pengukuhan mata wang
Amerika Syarikat dan juga disebabkan tindakan kerajaan China menurunkan mata
wang Yuan. Kejatuhan Ringgit Malaysia
telah memberi kesan yang agak signifikan kepada perdagangan Malaysia. Dari sisi
positif, kejatuhan Ringgit boleh dikatakan rahmat kerana disebabkan hal ini,
jumlah eksport Malaysia dan jumlah kehadiran pelancong ke Malaysia meningkat
sekali gus membolehkan Malaysia mengimpikan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik
berbanding sebelumnya. Dari sisi negatif, kejatuhan Ringgit boleh dikatakan
bencana kerana disebabkan hal ini, kadar inflasi dan jumlah hutang luar negeri
Malaysia meningkat sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemapanan
syarikat-syarikat ternama di Malaysia dalam mendepani hutang luar negeri yang
meningkat sekelip mata. Adalah
diharapkan, kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat ini
hanyalah bersifat sementara dan nilainya akan kembali pulih di masa akan
datang.
penerangan yang jelas.
ReplyDeletebagus2.
Interesting!
ReplyDeleteHelp me too~
https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949
Good info
ReplyDeleteinformasi yang padat .Mata wang adalah satu unit yang tidak tetap. setiap masa dan hari ia akan berubah, sama ada meningkat atau menurun. Ada ketika mata wang kita berada dalam keadaan yang sangat bagus untuk ekonomi negara kita. dan adakalanya matawang kita tidak membantu ekonomi malaysia. matawang juga terkesan dari perubahan harga komoditi negara.
ReplyDeletesri aliyah syuhaidah binti ayub 243286
good & interesting. good luck all.
ReplyDeletePenerangang yang jelas. Mudah difahami. Terima kasih atas ilmu diberi .
ReplyDeleteGood Information. Isu2 yang menjadi perhatian ramai berkaitan mata wang negara dalam pardagangan antarabangsa yang semakin menghimpit. Nilai yang semakin jatuh. Moga bermanfaat untuk semua.
ReplyDeleteComplete information
ReplyDelete👍👍Masyiii bro. Isu yang patut dikongsi.
ReplyDeleteGood information...bagus...
ReplyDeleteGood information...bagus...
ReplyDeletesangat bagus perkongsian tentang isu ini. 👍🏻
ReplyDeleteWahhh. Info yang bagus 👍
ReplyDeleteGood information
ReplyDeleteNice!!
ReplyDeletenice
ReplyDeleteGreat info!
ReplyDeleteinformasi yang sangat bagus dan menarik
ReplyDeleteInfo yg berguna terima kasih.
ReplyDeleteUseful info. Great!
ReplyDeleteGood job
ReplyDeletethumbs up...good job guys
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletegood info..nice & good job!
ReplyDeletegood explanation!
ReplyDeletegood information
ReplyDeleteperkongsian yang menarik
ReplyDeleteGood explanation!
ReplyDeleteGood sharing
ReplyDeletegood
ReplyDeletewell done
ReplyDeleteGood information, u guys did well 👍
ReplyDeleteMenarik untuk dikaji..hebat anak muda
ReplyDeleteInfo yang bermanfaat
ReplyDeleteKejatuhan matawang sangat digeruni dlm ekonomi negara. Bagus utk maklumat org ramai
ReplyDeleteNICE!
ReplyDeletefakta menarik.
ReplyDeletesangat membantu dalam info terbaru alhamdulillah terima kasih
ReplyDeleteTerbaik.. Info yang amat berguna
ReplyDeleteGood explanation
ReplyDeleteBlh masukkan sumber rujukan? Perlu dipastikan fakta adalah dari sumber yang sahih:) Terima kasih
ReplyDelete