Monday, May 15, 2017

PERDAGANGAN ANTARABANGSA

OLEH  FARAH WAHIDAH, NURZULAIKHA DAN WAN FARAH IZYANDIYANA

Malaysia telah terlibat dalam perdagangan antarabangsa dengan beberapa buah negara asing sejak dulu lagi. Perdagangan antarabangsa bermaksud, pertukaran barangan dan perkhidmatan antara negara. Perdagangan antarabangsa memberi faedah pengkhususan kepada sesebuah negara, melalui perdagangan antarabangsa, negara tersebut dapat memberi fokus yang lebih terhadap industri yang mempunyai pengeluaran yang efisien. Malaysia telah bergerak secara aktif dalam membina hubungan yang positif melalui perdagangan antarabangsa dengan beberapa buah negara asing seperti Australia, New Zealand, China dan Korea Selatan. Malaysia sebagai salah satu ahli negara-negara ASEAN, telah menandatangani beberapa buah perjanjian, dan beberapa polisi telah dicipta khusus untuk perdagangan antarabangsa seperti ASEAN Free Trade Area (AFTA) dan Free Trade Area (FTA). Melalui perjanjian ini, negara-negara yang terlibat memperolehi manfaat seperti, mampu mengembangkan perusahaan-perusahaan tempatan ke negara luar, halangan dalam pertukaran perkhidmatan dapat dikurangkan, dan tarif juga dapat dikurangkan secara berprogresif. Kami mendapati, melalui perdagangan antarabangsa, sumber dapat diagihkan dengan efisien, perusahaan tempatan dapat dikembangkan ke luar negara. Perdagangan bebas boleh meningkatkan persaingan dan mengurangkan monopoli dalam ekonomi, juga sebagai perangsang dalam pertumbuhan ekonomi. Kesimpulannya, perdagangan antarabangsa boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi sekiranya polisi yang dicipta serta infrastruktur ekonomi yang sedia ada  dapat disesuaikan dengan perubahan yang berlaku ke atas situasi sosial dan kewangan negara.

13 comments:

  1. goodExcellent!!!

    Help me too~
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949

    ReplyDelete
  2. informasi yang padat. Perdagangan antarabangsa merupakan antara salah satu sumber hasil pendapatan negara.pertukaran barang dan sumber menjadi satu perdagangan. perdagangan antarabangsa juga dapat menaikkan nilai mata wang sesebuah negara.

    sri aliyah syuhaidah bt ayub 243286

    ReplyDelete
  3. Bagus kawan-kawan ! Video yang menarik

    ReplyDelete
  4. Info yg baik. Perdagangan antarabangsa sememangnya memberi banyak kebaikan kepada Malaysia. - Rafidah, 233877 (Dipersila utk baca artikel saya juga :))

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F