OLEH YASMIN, SRI ALIYAH DAN NOR ASYIKIN
Thailand
merupakan rakan dagang yang penting untuk Malaysia dengan rekod sebagai sepuluh
terbaik. Sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam telah diusulkan untuk
dibuka selama 24 jam. Hal ini mendapat respon yang baik daripada pelbagai pihak
kerana dengan pembukaan sempadan selama 24 jam ini akan memberi kesan positif
kepada negara. Semestinya Keluaran Domestik Negara Kasar (KDNK) akan bertambah.
Pada masa ini, sempadan Bukit Kayu Hitam dibuka selama 18 jam dari jam 6 pagi
sehingga 12 malam.
Sejarah
nama Bukit Kayu Hitam adalah daripada seorang askar yang memasak nasi
dan nasi yang dimasaknya menjadi hitam kerana kayu ‘Komoi’ yang
digunakan. Pada asalnya tujuan sebenar sempadan adalah untuk keselamatan. Namun
ketika era penjajahan komunis, Bukit Kayu Hitam telah ditutup. Berikutan
peninggalan komunis dan penjajahan
British, Bukit Kayu Hitam telah dibuka semula bagi tujuan penanaman
getah.
Kepentingan
sempadan yang utama adalah keselamatan, fahaman politik dan perdagangan.
Manakala agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal sempadan
adalah Kastam DiRaja Malaysia, Imigresen dan Kuarantin. Tugas pihak kastam
ialah memeriksa produk eksport dan import, pelancong dan mengawal barang keluar
masuk. Manakala tugas imigresen pula ialah mengawal rakyat dan pelancong keluar
masuk negara dan isu pasport,visa dan permit. Pihak kuarantin pula menguruskan
isu permit, lesen dan pengesahan bertujuan eksport dan import tumbuh-tumbuhan,
binatang , hasil pertanian dan sebagainya.
Faedah
yang dapat diperolehi daripada pembukaan sempadan selama 24 jam ini ialah dapat
menarik minat pelancong. Hal ini akan menambahkan KDNK negara. Seterusnya ialah
pembangunan ekonomi. Ia dapat meningkatkan tenaga kerja dan mengurangkan kadar
kemiskinan. Peluang perniagaan juga dapat diperluaskan dengan meningkatkan
pengeluaran serta dapat membantu peniaga kecil-kecilan dan pemandu teksi kerana
terdapat lebih masa untuk menarik pelanggan.
Keburukan
pembukaan sempadan ini pula dapat dilihat daripada aspek keselamatan dan isu
sosial oleh kerana penyeludupan dadah, beras dan minyak dapat dilakukan dengan
lebih mudah terutama pada waktu malam. Akhir sekali adalah daripada aspek
ekonomi, penyelewengan stok kerana akses yang tidak terhad dapat menggugat
peniaga tempatan apabila barangan daripada Thailand jauh lebih murah daripada
barangan tempatan Malaysia.
Akhir
sekali, cadangan yang dibuat untuk isu pembukaan sempadan ini ialah pihak
kerajaan harus mengadakan perjanjian yang terperinci dengan kerajaan Thailand.
Perjanjian yang meliputi semua aspek dan
dapat mendatangkan faedah kepada negara. Barangkali pihak kerajaan boleh
mengusulkan tempoh percubaan dalam jangka masa tertentu.
coolInteresting!
ReplyDeleteHelp me too~
https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949
Idea yang bernas untuk mewartakan undang-undang tersebut namun dia juga mempunyai kelemahan dan juga kelebihan. Ini perlu dikaji dengan lebih teliti dan memdalam.
ReplyDeletesaya bersetuju bahawa dengan pembukaan bukit kayu hitam ini, ekonomi negara akan bertambah baik.
ReplyDeleteya betul. banyak manfaat yang kita dapat daripada pembukaan bukit kayu hitam
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan perlaksanaan ekses 24 jam di bukit kayu hitam kerana ia bakal memberi banyak manfaat kepada negara
ReplyDeleteSetuju dgn cdangan ini krn ianya dapat memberi manfaat & ekonomi akn lebih mengembang
ReplyDeleteSetuju kerana boleh mendatangkan banyak manfaat kepada negara dr segi ekonomi
ReplyDeletePertama sekali, syabas kerana telah menulis artikel ini dengan baik sekali. Saya bersetuju dengan beberapa isi yang telah ditulis oleh pengarang. Biarpun pembukaan akses 24 jam di bukit kayu hitam dikatakan dapat memberi lebih banyak impak positif kepada negara, namun kita tidak boleh mengetepikan impak negatif yang bakal dihadapi jika kita melaksanakan ekses 24 jam.
ReplyDeleteOleh itu, saya merasakan hal ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi dengan persetujuan kedua-dua negara agar kedua-dua negara mendapat manfaat daripadanya.
Satu tajuk yang menarik untuk dibahaskan. Ia mempunyai pelbagai kelebihan, tetapi ia juga mempunyai kekurang jika perkara ini direalisasikan.
ReplyDeleteSaya setuju jika Bukit Kayu Hitam beroperasi 24jam kerana ia boleh meningkatkan ekonomi negara namun keselamatan perlu ditingkatkan terutamanya pada waktu malam. Perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan keselamatan antara dua negara.
ReplyDeleteAkses 24 jam kepada bukit kayu hitam bakal mendatangkan banyak maanfaat kepada pembangunan sektor pelancongan khususnya. Penduduk setempat juga bakal menikmati kemajuan yang dikecapi..sekian
ReplyDeleteKupasan topik ekonomi sosial yang menarik . Pandangan yang perlu di beri perhatian oleh semua pihak. Penulisan yang baik
ReplyDeletesatu topik yang bagus dan patut diketengahkan lagi. ini dapat menyumbang kepada ekonomi negara selain membuka peluang kepada penduduk sekitar kawasan Perlis untuk menambahkan pendapatan. syabas!
ReplyDeleteUsaha yang baik. Saya dapati penulis beberapa kali menyebut pembukaan sempadan Bukit Kayu Hitam selama 24 jam akan meningkatkan kadar KDNK yang seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.Bagi saya, peningkatan KDNK dan pertumbuhan ekonomi tidak semestinya baik. Jika berlaku perkara seperti ketidaksamaan dalam agihan pendapatan, maka peningkatan tersebut jelas menguntungkan sesetengah pihak sahaja.
ReplyDeleteApapun, saya bersetuju dengan penulis, perlu ditingkatkan tahap sekuriti di sempadan jika ekses 24 jam ini dilaksanakan.
Artikel yang bagus.
ReplyDeleteBagus
ReplyDeleteBagus
ReplyDeleteApabila pembukaan pintu bukit kayu hitam 24 jam, KDNK kita akan meningkat, akan tetapi tahap sekuriti perlu dilaksanakan lebih ketat lagi. ini adalah kerana ekses ke bukit kayu hitam lebih mudah dan boleh di masuk tanpa mengira waktu.
ReplyDeleteMenarik
ReplyDeleteSetiap yang perkara yang ingin dilaksanakan ada keburukan dan kebaikan. Tapi harus diingatkan semula setiap masalah ada jalan penyelesaian nya. Mungkin memakan perbelanjaan yang tinggi jika ingin melaksanakan solusi tersebut, tetapi mungkin pulangan yang akan diterima berbaloi dan dapat menebus semula perbelanjaan tinggi tersebut.
ReplyDeleteWow. Menarik. Saya setujuuuu
ReplyDeleteIsu artikel sangat menarik dan informatif. Saya bersetuju bahawa pembukaan sempadan selama 24 jam dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi namun, keselamatan negara juga perlu diambilkira. Kajian yang teliti wajar dilaksanakan terlebih dahulu.
ReplyDeleteTopik yang menarik dan saya setuju dengan pembukaan Bukit Kayu Hitam selama 24 jam untuk pembangunan ekonomi .
ReplyDeletetopik yang menarik dan berinformasi tentang isu pembukaan kawasan Bukit Kayu Hitam selama 24 jam yang mana mempunyai kebaikan dan keburukan yang perlu diketahui oleh semua orang.
ReplyDeleteInfo baru yang bermanfaat
ReplyDeleteRaja Nurain 232460
Nice topic
ReplyDeletesaya setuju dengan ni, akan ada kelebihan dan kekurangan dalam pelaksanaan pembukaan buit kayu hitam selama 24 jam.
ReplyDeletesatu kupasan tajuk yg menarik..saya dpat byak info mengenai bukit kayu hitam
ReplyDeletePerlaksanaan yang boleh dipertimbangkan. Namun pihak kerajaan boleh mempertimbangkan sama ada KDNK negara ada lah satu kepentingan utama dalam tindakan ini. Isu keselamatan negara adalah sesuatu yang perlu diambil kira. Kajian yang lebih mendalam harus dilaksanakan dengan menilai kejayaan negara lain yang telah pun mempraktikkan akses 24jam ini.
ReplyDeletetajuk yang menarik untuk dibincangkan
ReplyDeleteBagus π Topik yang menarik. Teruskan admin
ReplyDeletesangat menarik untuk dibincangkan
ReplyDeleteMenarikkkππ
ReplyDeletePada pendapat saya, topik ini amat menarik dan segala latar belakang bukit kayu hitam serta isu-isu yang telah dibincangkan serba sedikit boleh meningkatkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, terdapat banyak kelebihan dan kelemahan di dalam topik ini yang kita boleh ambil sebagai pengajaran bersama dlm meningkatkan ekonomi negara dan memperluaskan peluang pekerjaan untuk ekonomi negara.
ReplyDeletePerbincangan yang sangat menarik ππ
ReplyDeleteGood sharing
ReplyDeleteTajuk yg menarik...π info sejrh bukit kayu hitan yg baru saya tahu..dan idea yg menarik utk memajukan ekonomi negara disampung meneratkan hubungan kerjasama dgn ngara thailand dan pasaran ekonomi dan keselamatn negara.πππ
ReplyDeleteNice though.. Byk info yg saya sniri pun baru tauw..
ReplyDeleteNice,info.. Terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteKerajaan malaysia dan thailand perlu bekerjasama untuk sentiasa memantau keadaan senpadan supaya tiada jenayah penyeludupan berlaku. Ini boleh mengelakkan sebarang kejadian negatif daripada berlaku. Pembukaan jalan seperti ini boleh memberi kesan ekonomi kepada kedua-dua negara.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSejarah bukit kayu hitam yang baru saya tahu terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteNice info..
ReplyDeleteSetuju. Ia akan mengembangkan lagi ekonomi negara amnya dan Perlis khusunya.
ReplyDeleteSaya setuju dengan cadangan itu. Ini memberi banyak kebaikan kepada negara disamping dapat menigkatkan pendapatan negara malah keselamatan sempadan kita juga dapat diperketatkan lagi. (243242-NurSyahirah)
ReplyDelete