Monday, May 15, 2017

PERANAN DAN KESAN BLOK PERDAGANGAN

OLEH  # AMIRUL HAIZAD, MOHD ZUHAIRI DAN MUHAMMAD SYAKIR

Kajian kami yang bertajuk Peranan dan Kesan Blok Perdagangan adalah secara khusus untuk mengkaji peranan dan juga kesan-kesan yang berlaku hasil daripada pembentukan blok-blok perdagangan tersebut. Terdapat beberapa blok perdagangan dunia yang menjadi fokus utama kajian kami iaitu WTO, NAFTA, AFTA, EU,  dan APEC. Kajian ini secara tidak langsung dapat memperlihatkan blok-blok perdagangan di dunia yang berjalan secara baik dan juga sebaliknya.
WTO ialah sebuah badan yang menetapkan regulasi perdagangan dunia. Ia menetapkan satu standard umum untuk dipatuhi oleh setiap ahlinya yang terdiri daripada hampir keseluruhan negara di dunia. WTO berperanan untuk menetapkan regulasi namun tidak bertanggungjawab terhadap hasil regulasi atau peraturan yang ditetapkan. APEC pula ialah blok perdagangan yang terdiri daripada 21 buah negara yabg tidak terhad kepada sempadan negara atau negara kejiranan. Matlamatnya lebih berfokus kepada memperluaskan perdagangan antara negara ahli. EU ialah satu blok perdagangan yang berdasarkan negara kejiranan iaitu negara-negara di Eropah. Mereka bersama-sama menetapkan satu regulasi yang mewakili negara-negara yang menjadi ahli.
AFTA ialah satu blok perdagangan bebas yang diwujudkan di antara negara anggota ASEAN. Pertubuhan AFTA bertujuan untuk membentuk kawasan perdagangan bebas cukai ASEAN dalam masa 15 tahun. NAFTA terdiri daripada tiga buah negara yang berada di kawasan Amerika Utara iaitu Amerika Syarikat, Canada dan juga Mexico. NAFTA ini adalah bertujuan untuk memansuhkan tarif dan halangan bukan tarif dalam perdagangan. Kesimpulannya setiap blok perdangan mempunyai peranan yang penting dalam menetukan hala tuju perjanjian tersebut sama ada berjaya atau tidak.


40 comments:

  1. Help me too~
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949

    ReplyDelete
  2. good info.
    help us too
    http://beet2013.blogspot.my/2017/05/sekatan-bukan-tarif-di-bukit-kayu-hitam.html#comment-form
    http://beet2013.blogspot.my/2017/05/ntb-at-bukit-kayu-hitam.html#comment-form

    ReplyDelete
  3. video yang sangat menarik dan bermanfaat! terima kasih untuk info yang berguna ini. teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  4. Good information.. please help us too :)

    http://beet2013.blogspot.my/2017/05/malaysia-in-context-of-international.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. nak tanya, korang guna app ape eh untuk buat video ni?

    ReplyDelete
  7. Video dan maklumat yang menarik..

    ReplyDelete
  8. penyampaian yang terbaik sekali

    ReplyDelete
  9. informasi yang bermakna.bagus2

    ReplyDelete
  10. well done guys.. good information.. thanks for the information

    ReplyDelete
  11. Good information.thank you for the sharing

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F