Sunday, May 14, 2017

Kadar Tukaran Asing

OLEH # SITI SARAH, MIMIE FAZLINA DAN SITI NABILA

Kadar pertukaran asing ialah harga atau nilai mata wang sebuah negara yang boleh di tukarkan dengan mata wang negara lain. Ia juga boleh di definisikan sebagai nilai mata wang sesebuah negara yang dinyatakan atau disebut dalam nilai mata wang negara lain. Sistem kadar pertukaran asing terdiri daripada sistem kadar pertukaran tetap dan sistem kadar pertukaran terapung.  Kadar pertukaran tetap ditetapkan oleh bank pusat di setiap negara manakala kadar pertukaran terapung pula ditetapkan oleh mekanisma permintaan dan penawaran pasaran ekonomi. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perubahan terhadap kadar pertukaran asing, di antaranya adalah inflasi, kadar faedah, aset semasa negara atau keseimbangan pembayaran, hutang kerajaan dan juga spekulasi. Faktor-faktor ini memainkan peranan penting dalam penetapan kadar pertukaran asing. Sekiranya terdapat perubahan dalam salah satu faktor maka kadar pertukaran asing juga akan berubah. Kami bercerita tentang isu kadar pertukaran Malaysia dan Thailand berdasarkan topik kami. Kepentingan kenaikan dan kejatuhan mata wang dua negara ini akan menerangkan kenapa dan bagaimana ia akan memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia. Berdasarkan data, nilai Ringgit Malaysia telah jatuh jika nak di bandingkan dengan nilai Baht. Tun Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad ada mengatakan bahawa dulunya rakyat Malaysia membeli barang di Selatan Thailand dengan menggunakan Ringgit Malaysia tetapi kini tidak lagi kerana Thailand sudah tidak menerima Ringgit Malaysia dalam proses jualan. Berdasarkan kajian, Ringgit Malaysia mula jatuh pada awal November 2016 dan mula menurun pada hari di mana Donald Trump menang pilihan raya di Amerika Syarikat. Kemenangan tersebut memberi kesan terhadap mata wang negara-negara Asia terutama sekali Malaysia kerana ekonomi Malaysia berkait rapat dengan ekonomi Amerika Syarikat. Kadar pertukaran asing sesebuah negara adalah penting sebagai kayu ukur kemajuan dan kekayaan ekonomi sesebuah negara. Bagi Malaysia, kita menggunakan sister kadar pertukaran terapung. Oleh itu, kita boleh lihat dengan jelas akan penarikan diri para pelabur luar dari pasaran bon Malaysia yang akan mempengaruhi nilai mata wang negara. 



40 comments:

  1. Excellent!!!

    Help me too~
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949

    ReplyDelete
  2. Video yg bagus, dapat menambah pengetahuan saya. Isu yg diberikan juga bagus, kerana sangat dekat dengan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. informasi yang ringkas dan padat.

    ReplyDelete
  4. Maklumat yg sangat berguna πŸ‘ŒπŸ»

    ReplyDelete
  5. info yang bagus. terimakasih

    ReplyDelete
  6. Video yg bagus. Ilmu saya makin bertambah selepas menonton video Tersebut. Thumbs up. πŸ‘

    ReplyDelete
  7. Info padat tapi maybe buleh improve part video. Video kurang menarik minat belajar. ��

    ReplyDelete
  8. Wow I must admit that I'm quite amazed with this presentation slides as it was so well structured and very informative.Thanks for putting the effort into making such a brilliant video!

    ReplyDelete
  9. Penerangan yang bagusπŸ‘

    ReplyDelete
  10. ya benar saya setuju , mata wang kita jatuh sehingga apabila kita menukar duit kita ke duit thailand kita akan dapati duit kita lebih sedikit. dan pada dahulunya kita membeli barang di thailand tanpa perlu tukar duit ke baht. oleh disebabkan mata wang kita jatuh thailand tidak terima lagi duit malaysia yang tidak ditukar kepada baht.

    sri aliyah syuhaidah binti ayub 243286

    ReplyDelete
  11. Oooo mcm tu ke inflasi... baru fhm.����

    ReplyDelete
  12. Wahhh. Info yang bagus πŸ‘

    ReplyDelete
  13. Maklumat yang ringkas dan padat!

    ReplyDelete
  14. informasi yang sangat bagus dan menarik

    ReplyDelete
  15. Very good infomation to our citizen

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F