Sunday, May 14, 2017

KELEBIHAN BERBANDING MALAYSIA DALAM PENGELUARAN KELAPA SAWIT

OLEH # SITI NUR DALILA, RAJA NURAIN NAILAH DAN SITI MANISAH FARIZIE


Industri kelapa sawit di Malaysia merupakan industri yang terpenting dan memberi impak besar kepada pendapatan negara. Sebagai pengeksport minyak kelapa sawit yang terbesar, pasaran dunia bergantung kepada Malaysia bagi memenuhi permintaan minyak kelapa sawit. Terdapat bantuan daripada agensi kerajaan membantu indusri kelapa sawit diperkembangkan, contohnya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Saban tahun, penanaman kelapa sawit telah menunjukkan peningkatan dengan bertambahnya bilangan ladang kelapa sawit dan hasilnya 18.9 juta tan minyak sawit telah dihasilkan pada tahun 2011. Manakala, negara China merupakan negara pengimport utama minyak sawit mentah Malaysia. Terdapat 3 bahan utama yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit yang diproses iaitu biji kelapa sawit, minyak biji kelapa sawit, minyak sawit mentah.
Produk industri hiliran sawit yang mempunyai nilai tambah akan diproses dalam negeri dan dieksport bagi mendapatkan pulangan yang tinggi. Kerjasama dan titik persefahaman dalam perdagangan antara negara yang mengeluarkan minyak sawit penting bagi melindungi industri minyak sawit negara masing-masing. Malaysia berjaya merekacipta produk inovasi yang bermutu tinggi serta setanding produk lain yang ada dipasaran seperti produk oleokimia, nutraseutikal, farmaseutikal, kosmetik, detergen, minyak masak, dan produk makanan.
Namun terdapat cabaran bagi Malaysia apabila dituduh telah menebangkan hutan untuk menanam kelapa sawit, walhal keadaan tersebut tidak berlaku dan Malaysia masih memiliki liputan kawasan hutan yang tinggi dan terjaga dengan rapi. Tambahan pula, Kesatuan Kacang Soya Amerika juga mendakwa kononnya minyak sawit tidak sesuai dimakan manusia, kerana menyebabkan penyakit kanser. Sebenarnya minyak sawit mengatasi minyak saingannya kerana pengeluarannya bebas daripada organisma yang dipinda secara genetik (GMO), sementara lemak yang dihasilkan adalah bebas trans, dan dengan itu adalah pilihan yang lebih sihat bagi pengguna.

Kesimpulannya, industri minyak sawit adalah sebuah kejayaan bagi Malaysia apabila ia merupakan sumber terpenting dalam pendapatan negara. Aktiviti-aktivit kajian dan penyelidikan (R&D) perlu ditingkatkan untuk menghasilkan penemuan baharu dalam bidang, memastikan kualiti minyak sawit adalah pada tahap yang tertinggi dan mempelbagaikan penggunaan sawit itu sendiri. Ini seterusnya dapat memastikan negara kita kekal sebagai pengeluar utama minyak sawit dunia.  

43 comments:

  1. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Woo!!!

    Help me too~
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949

    ReplyDelete
  3. pada pendapat kalian, bagaimana nk tgktkan pengeluaran kelapa sawit jika tanah di mlaysia terhad?

    ReplyDelete
  4. pada pendapat kalian, bagaimana nk tgktkan pengeluaran kelapa sawit jika tanah di mlaysia terhad?

    ReplyDelete
  5. informasi yang menarik, kelapa sawit merupakan antara salah satu komoditi yang menyumbang kepada pendapatan negara. para pengkaji juga telah mengkaji kelapa sawit dan bahan ini telah divariasikan kepada pelbagai jenis barang. menurut satu sumber berita pernah mengatakan bahawa minyak kelapa sawit sedang diusahakan untuk dijadikan sebagai petrol. mengantikan petroleum yang semakin pupus.

    sri aliyah syuhaidah binti ayub 243286

    ReplyDelete
  6. Nice info . Good job πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  7. Interesting topic...thanks for info.. :-D

    ReplyDelete
  8. The presentation is easy to understand!

    ReplyDelete
  9. Great info ��������

    ReplyDelete
  10. diharap ada idea idea baru yang boleh tercipta daripada alam semulajadi dan meningkatkan lagi hasil dalam negara kita setaraf dengan negara2 lain.

    ReplyDelete
  11. Maklumat yg sngt baik thanksss 😊

    ReplyDelete
  12. Useful Information. Good job!

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Maklumat yang bermanfaat time kasih ^_^

    ReplyDelete
  15. kerjasama yg baik menghasilkan kerja yg baik. Good information

    ReplyDelete
  16. Well done and new information for me...

    ReplyDelete
  17. informasi yang terbaik... terima kasih di atas perkongsian yang sangat berguna

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F