Monday, May 15, 2017

KESAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA KE ATAS EKONOMI MALAYSIA

OLEH NUR AFZA SYAHIDA, NUR AFIFA, DAN NUR IZZATI IDAYU

Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan ekonomi keterbukaan di mana berlakunya perdagangan antarabangsa iaitu import dan eksport. Import dan eksport merupakankan salah satu indikator yang dapat mengukur keadaan ekonomi sesebuah negara. Menurut data yang dinyatakan dalam laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia, nilai import dan eksport Malaysia antara barang utama yang terlibat pada 2014 hingga 2016 mencatatkan peningkatan pada setiap tahun. Berikutan hal ini, ia merupakan satu impak yang postif antara perdagangan antarabangsa dengan nilai KDNK negara. Sektor-sektor utama yang diimport ke Malaysia antaranya adalah sektor elektrik dan elektronik, bahan galian dan keluli. Setiap sektor yang dinyatakan ini masing-masing mencapai peningkatan nilai eksport pada tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya. Sektor-sektor utama yang dieksport ke luar Malaysia antaranya ialah sektor elektrik, galian dan perkilangan. Sektor-sektor ini juga telah menunjukkan peningkatan pada tahun semasa berbanding dengan tahun sebelumnya. Hal ini menunjukkan peningkatan dalam indikator import dan eksport.
Seterusnya, perdagangan antarabangsa secara tidak langsung memberi kesan terhadap pertumbuhan negara. Antara kesan yang paling utama ialah hukum satu harga. Hukum satu harga ini berlaku kerana aktiviti arbitraj disebabkan oleh perbezaan harga. Selain itu, kesan perdagangan antarabangsa ialah memberi impak dari sudut perspektif guna tenaga Malaysia. Kemerosotan dalam perdagangan antarabangsa boleh mengakibatkan pemberhentian beramai-ramai buruh mahir bagi industri radio, televisyen dan peralatan komunikasi dalam sektor elektrik dan elektronik misalnya, kerana output dan guna tenaga bagi sektor ini adalah berinsentifkan buruh. Selai itu, terdapat juga kesan bagi perdagangan antarabangsa terhadap KDNK negara, antaranya ialah import barangan kapital dimana barangan ini akan digunakan oleh sektor-sektor perkilangan , pembinaan, dan pengangkutan. Projek pembinaan yang telah dijalankan akan menggunakan modal yang sangat banyak sekaligus memberi kesan kepada pertumbuhan negara. Hal ini disebabkan barangan kapital tidak dapat berkembang secara cepat dan sekaligus memberi impak terhadap defisit imbangan pembayaran.


23 comments:

  1. Help me too~
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/kesan-fdi-ke-atas-prestasi-malaysia.html
    https://beet2013.blogspot.my/2017/05/by-see-heng-nam-khor-chern-yang-ling.html?showComment=1495024137957#c6697000542194043949

    ReplyDelete
  2. hebat! terima kasih utk maklumat ni..

    ReplyDelete
  3. hebat! terima kasih utk maklumat ni..

    ReplyDelete
  4. informasi yg tepat, terima kasih! :)

    ReplyDelete
  5. Great info. Tq πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang menarik. Isi yang diutarakan juga padat dan senang difahami. Tahniah !

    ReplyDelete
  7. Good information! Good job. Typo sikit. Selai itu πŸ‘ŒπŸ»

    ReplyDelete
  8. Perkongsian artikel yang menarik..mudah untuk difahami oleh pembaca..Selain pertumbuhan ekonomi..apa lagi yang perdagangan antarabangsa mampu mengembangkan negara di mata dunia?πŸ‘

    ReplyDelete
  9. Info yg menarik. Kali pertama baca mengenai Hukum Satu Harga. - Rafidah, 233877, Grp C (Dipersilakan utk baca artikel saya juga, artikel mengenai ASEAN :) )

    ReplyDelete
  10. informasi yang mudah difahami. bagus2

    ReplyDelete
  11. Tak rugi baca dan mmg menambahkan ilmu didada. Terima kasih penulis2.

    ReplyDelete

Tarif

https://drive.google.com/open?id=12vbCvdpQwnU15HuzvbQ1eYD9-flqbU1F